Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

14 Oktober 2009

Undi Pos Mansuh - Pas



Mat Kelubi kata ;



MK tidak terkejut apabila Pesuruhjaya Pas Perosak Agama Terengganu, Datuk Harun Taib tiba-tiba mengeluarkan idea supaya undi pos dimansuhkan.
MK cukup faham bahawa beliau berpandangan demikian kerana amat terasa kehakisan sokongan menerusi undi pos pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Ahad lepas berbanding dengan apa yang diperoleh pada pilihan raya umum tahun lalu di kawasan tersebut.
Ekoran sokongan merudum menerusi undi pos di Bagan Pinang itu, Pas Perosak Agama pun memberi rasional kepada idea berkenaan kononnya undi pos boleh dimanipulasikan.
MK dari apa sudut sekali pun tidak nampak kewarasan kepada idea tersebut.
Bagi MK, mendakwa kononnya pelaksanaan undi pos mudah dimanipulasikan bermakna seolah-olah mempersoalkan kewibawaan pasukan keselamatan yang biasanya terlibat dengan undi pos dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih.
Pas Perosak Agama sepatutnya berbalik kepada perkara paling asas iaitu tujuan diadakan pilihan raya; dan kalau tidak pandai mengatur tari, janganlah pula dengan mudah menyalahkan lantai kononnya jongkang- jongkit.

2 ulasan:

  1. Yang jelasnya Capt (B) yang dok belah depa tu patut kena saman kerana mengaku pernah menipulasi undi pos. Orang lain tak buat. Kalau benar dia buat seperti yang dia akui tu SPR kena bawa dia ke Mahkamah la.

    BalasPadam
  2. terima kasih Che Leh Jangok.
    klu dah betul la pagawai atasan tentera / polis dan BN manipulasi undi pos tunjuk kan la bukti n wat la report tentang penyelewengan undi pos jgn asyik nak wat fitnah je .

    BalasPadam