Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

05 Mac 2012

Kedah Bakal Dapat Menteri Besar Baru ?

AKHIRNYA, krisis politik yang melanda pentadbiran negeri Kedah ini selesai juga.  Sumber memaklumkan penulis bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak telah diarahkan oleh PAS Pusat untuk meletakkan jawatan dan seorang Menteri Besar baru akan dilantik.

Tapi memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, seperti memohon perkenan DYMM Sultan Kedah untuk seorang Menteri Besar baru dilantik dan mendapatkan persetujuan semua ADUN Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, maka pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu, dan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Penulis mendengar jalan penyelesaian ini dicapai setelah campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Datuk Saifudin Nasution untuk membantu, memandangkan beliau sekarang berada di Islamabad, Pakistan.  Saifudin telah menyampaikan amanat Anwar kepada jawatankuasa khas PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara ini yang diketuai Timbalan Presiden, Mohammad Sabu.