Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

26 September 2014

EXCO Selangor : Pas dikhianati PKR







Senarai baharu Exco Selangor

- Nik Nazmi Nik Ahmad
- Amirudin Shari
- Dr Daroyah Alwi
- Ganabatirau Veraman
- Datuk Teng Chang Khim
- Ean Yong Hian Wah
- Elizabeth Wong
- Iskandar Abdul Samad
- Dr Ahmad Yunus Hairi
- Zaidy Abdul Talib

Senarai diatas adalah hasil perbincangan Azmin Ali bersama pakatan rakyat. MB Selangor ini menyatakan bahawa speaker dewan akan dibincangkan dengan PAS dan perlantikan akan dilakukan seawal November ini.

08 September 2014

Mana pemimpin PAS bila Presiden diserang PKR DAP

 


Pada saat Anwar melancarkan "Langkah Kajang" tiada sesiapa pun yang bertempik dan melalak menyalahkan Anwar bertindak secara bersendirian. Padahalnya, segala yang telah berlaku di Selangor pada hari ini adalah berpunca daripada Anwar. PAS tidak bersalah dan Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia juga tidak bersalah. Yang bersalah ialah Anwar Ibrahim - KETUM PKR.
KUALA LUMPUR 7 Sept. - DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka berikutan pendirian tegas Presiden Pas itu yang menolak Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. Malah, beberapa pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang diketahui cukup rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak cukup celupar apabila mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan mengaitkan kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dan Kedah. 
Di pihak PKR, 'serangan' ke atas Presiden Pas dimulakan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila beliau menyifatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi. Dakwanya, keadaan itu terbukti jika melihat kepada pengaruh Pas di Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan Barisan Nasio-nal (BN) berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri. Tidak cukup dengan Saifuddin, turut sama 'menyerang' Abdul Hadi ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad apabila beliau yang baru dianggap setahun jagung dalam dunia politik secara lantang mengarahkan Pre-siden Pas itu menarik balik kenya-taannya yang mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan.
Persoalannya kini apakah akan ada pemimpin-pemimpin kanan Pas selain daripada kumpulan ulama bangkit mempertahankan Presiden Pas tersebut yang sedang diserang sebegitu rupa ataupun mereka yang dikenali sebagai puak 'Anwarinas' itu hanya membisu membiarkan Abdul Hadi keseo-rangan. Tony Pua menerusi Facebook-nya berkata, kenyataan Abdul Hadi yang merujuk kepada ketidakupayaan Wan Azizah itu dibuat oleh seorang lelaki yang gagal mempertahankan Terengganu selepas hanya berupaya untuk menjadi Menteri Besar negeri itu hanya sepenggal. "Lelaki yang enggan menggantikan Menteri Besar Kedah (merujuk kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) meski pun telah terlantar selama berbulan-bulan di hospital," katanya yang kemudian mendapat lebih 1,000 sokongan rakan Facebooknya sebagaimana dipetik, hari ini. Tidak cukup dengan Tony Pua, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim juga menghangatkan suasana apabila meminta Abdul Hadi menilai kemampuan beliau sebagai Presiden Pas terlebih dahulu sebelum bertindak mempersoal kewibawaan Wan Azizah. 
"Biar fakta yang bercakap. Abdul Hadi adalah Menteri Besar apabila Pas kehilangan kuasa di Terengganu dan beliau merupakan Presiden Pas ketika parti itu hilang kuasa di Kedah. Itu adalah rekod kemampuan beliau," katanya sinis. Sementara itu, seperti juga Nik Nazmi, Ketua Penerangan Wani-ta PKR, Azura Aziz juga tampil mengecam Abdul Hadi tetapi beliau bertindak lebih jauh apabila menyifatkan Presiden Pas tersebut sebagai mengkhianati pakatan pembangkang. "Siapa dia untuk mengatakan bahawa Wan Azizah tidak mampu? Dia cuba meletakkan tiga nama daripada Pas dan bukannya apa yang telah dipersetujui semasa mesyuarat pakatan rakyat. Jika dia tidak berpuas hati dengan gabung-an pakatan, dia harus meninggalkan parti," katanya. SUMBER

04 September 2014

Kemelut MB Selangor : PKR Derhaka Titah Sultan Selangor

 


KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengeluarkan surat kepada PKR menitahkan parti itu mengemukakan lebih dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, selain Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penerimaan surat terbabit disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan penjelasan lanjut mengenainya akan dibuat hari ini, selepas ulasan awalnya malam tadi ditarik balik.


03 September 2014

Kemelut MB Selangor : Pas mungkin akan jadi MB












alt

Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada Pas Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.

"Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh Pas Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik.

SUMBER