Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

27 Jun 2014

PAS: Jihad dipecat Sokong Kafir Di Puja

Perang di bumi Syria telah berlarutan sejak beberapa lama dan berdasarkan maklumat terdapat rakyat Malaysia turut terlibat dalam kancah peperangan tersebut.Peperangan yang telah mengorbankan ribuan nyawa itu sehingga kini masih belum menampakkan sebarang jalan penyelesaian dan ura-ura ianya akan tamat dalam masa terdekat.
Sesuatu yang agak aneh adalah kenapa sehingga ke hari ini tidak ada satu pun tindakan daripada badan-badan dunia seperti PBB mahupun Amerika Syarikat yang selama ini menjadi polis dunia untuk cuba menghentikan konflik berdarah tersebut.
Semua masih menjadi misteri kepada kebanyakkan penduduk dunia yang prihatin dengan nasib rakyat Syria yang kini menjadi mangsa kepada keganasan sesama manusia.
Sehingga berita ini dikeluarkan terdapat banyak laporan menyatakan bahawa antara pejuang yang terlibat dalam peperangan di bumi Syria adalah dikalangan rakyat Malaysia.
Malah Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria, lapor The Star hari ini.
Menurut akhbar itu, hasil siasatannya mendapati Lotfi secara terbuka telah memuatnaik gambar-gambarnya serta klip video ke media sosial.
Serentak dengan itu PAS melalui Setiausaha Agungnya , Datuk Mustafa Ali hari ini telah membuat kenyataan menegaskan bahawa PAS telah pun memecat keahlian Lotfi Ariffin sebagai ahli serta merta selepas mendapat maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria.
"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya.
Begitu cepat tindakan yang diambil oleh parti PAS terhadap ahlinya yang menyertai perang di bumi Syria.
Namun dalam beberapa keadaan timbul tanda tanya dikalangan penyokong pembangkang sendiri , apakah PAS tidak lagi mahu terlibat dalam perjuangan untuk menegakkan Islam ? 
Persoalan ini timbul apabila bekas pemimpin PAS terbabit dipecat serta merta daripada parti selain daripada penegasan oleh Mustafa Ali terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam gerakan jihad di Syria turut sama akan dipecat.
Kepada penyokong PAS khususnya , MUNGKIN PAS hanya mengiktiraf perjuangan jihad seperti yang berlaku di Memali satu ketika dulu dan bukannya seperti mana yang berlaku di bumi Syria hari ini.
Walau bagaimanapun PAS sudah pasti punya pendirian dan pendekatan tersendiri hanya mereka yang boleh menjelaskannya.sumber 

25 Jun 2014

MB Selangor : PAS akan ganti Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, "saya tidak boleh menyenangkan semua orang" susulan daripada desakan beberapa pemimpin PAS yang mahu beliau meletak jawatan dan digantikan kepada pemimpin PAS.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman dilaporkan memberitahu beberapa pemimpin parti itu kini tidak lagi menyokong Abdul Khalid untuk terus menjadi menteri besar.
Menurut Jaafar, sikap Abdul Khalid yang sering membuat keputusan bersendirian serta membelakangkan rakan kompenan Pakatan Pembangkang membuatkan mereka menolak kepimpinannya kali ini.
Bahkan corak pentadbiran Abdul Khalid pada penggal kedua ini juga dikatakan tidak berubah selepas ditegur beberapa pimpinan parti sebelum ini. 
Demikian juga kenyataan Ahli Parlimen PAS, Khalid Abdul Samad dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang secara terbuka menyatakan barisan pimpinan PR wajar bertemu bagi mencari pengganti Abdul Khalid.
Desakn kepimpinan PAS itu sudah sampai ke telinga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Sama ada perlu kekal atau tidak sebagai menteri besar, perkara itu perlu dibincangkan secara menyeluruh dalam Pakatan Rakyat, ujar Ketua Pembangkang itu.
"Pandangan dan luahan yang diutarakan terhadap Abdul Khalid mungkin berdasarkan kepada keadaan dan prestasi semasa.
"Kita akan mendengar idea dan cadangan yang diajukan. Kemudian kita akan berbincang dan keputusan akan dibuat selepas perbincangan menyeluruh dilakukan bersama.

Kekesalan beberapa pemimpin PAS termasuk pemimpin DAP ke atas Khalid Ibrahim ekoran beberapa keputusannya yang banyak memihak kepada BN dalam usaha menangani permasalahan rakyat Selangor khususnya isu Langat dan isu air serta beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan Pakatan Pembangkang Selangor. SUMBER

23 Jun 2014

Pesta Pecah Kerusi Meja Dalam PKR,, Datanglah Beramai Ramai...

Haji Hadi bakal ditalkin oleh Pro Anwar



KUALA LUMPUR 22 Jun - Satu usaha menghidupkan 'Projek Langgar Hadi' iaitu gerakan menjatuhkan kepimpinan ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) didakwa muncul kembali serta didalangi beberapa pemimpin termasuk seorang Ahli Parlimen Pas Selangor, editor dan wartawan daripada sebuah portal propembangkang.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, kumpulan tersebut menggunakan portal berita propembangkang sebagai medium memfitnah dan memburukkan Abdul Hadi kononnya peranan Presiden Pas itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal disingkirkan oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, cubaan memburukkan kepimpinan ulama itu dilakukan ekoran ketegasan Abdul Hadi dalam menegakkan syariat Islam di Selangor dan seluruh negara.

"Yang lebih memeritkan, sudahlah terdapat beberapa kenyataan dibuat salah seorang ahli Parlimen Pas Selangor yang ternyata membelakangkan keputusan Pas Selangor, kini dengan penuh biadab peluru itu ditujukan pula kepada Presiden Pas.

"Tuan guru difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan Abdul Khalid selepas kegagalan 'Kajang Move' yang dirancang pihak tertentu. Tidak menghairankan apabila tuan guru dimangsakan sebagai penyebab kegagalan kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah tuan guru sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Syarhan Humaizi, individu-individu tersebut yang membuat kenyataan melalui media propembangkang adalah pemimpin munafik yang sedang berusaha melaga-lagakan pemimpin Pas sehingga memfitnah Abdul Hadi sebagai punca kegagalan mereka menyingkirkan Menteri Besar Selangor.

Tegasnya, mereka adalah pemimpin sama yang turut mendakwa Abdul Hadi sebagai pemimpin pro-UMNO dan melagakan beliau dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas PRU-12.
"Masih segar lagi dalam ingatan saya usaha melaga-lagakan dua tok guru, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz oleh individu-individu upahan tadi. Tidak cukup itu, kemudiannya memfitnah tuan guru sebagai punca projek 16 September 2008 (kononnya 30 ahli Parlimen Barisan Nasional akan keluar parti dan menyokong pembangkang) yang gagal.

"Selepas gagal menjatuhkan tuan guru melalui serangan berterusan, kemudiannya tuan guru diserang melalui orang kuatnya seperti melalui menantunya dan melalui bekas Ketua Pemuda Pas. Usaha ini terus berlangsung akibat ketegasan tuan guru yang komited dengan prinsip Pas dalam menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia," tegasnya.

Sehubungan itu, Syarhan Humaizi menegaskan, semua pemimpin Pemuda Pas akan sentiasa mempertahankan parti itu daripada sebarang 'parasit liberal' dan mencabar portal berita propembangkang berkaitan supaya menyatakan nama sumber dalaman yang digunakan dalam setiap laporan mereka.

"Ramai musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka 'grand design' ini. Ada yang bertaraf Yang Berhormat, editor dan ada wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama.
"Kalimah biadab adalah kalimah yang sesuai ditujukan kepada mereka atas perbuatan ini. Kami, para Pemuda Pas akan sentiasa mempertahankan Pas daripada sebarang 'parasit liberal' yang sedang menjalar ini," ujarnya.

Tambahnya, Pas Selangor tiada kaitan dengan kegagalan menjatuhkan Abdul Khalid tambahan pula ketika ini, semua komponen kerajaan pembangkang sepatutnya meningkatkan komitmen menjaga kebajikan rakyat, bukannya dengan kaedah menyerang agenda itu yang boleh menguntungkan musuh.

"Saya amat bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abd. Samad yang menafikan pendirian Pas Selangor berhubung beberapa kenyataan mengelirukan yang mendakwa Pas Selangor ingin menolak Abdul Khalid," katanya.

20 Jun 2014

Peguam Negara tunggu apa lagi?

SULTAN Sharafuddin Idris Shah




SHAH ALAM 19 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya isu pemulangan atau pelupusan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, dilaksanakan mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, Sultan Sharafuddin menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar segera merujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya untuk dibawa ke mahkamah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara agar JAIS mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang.
Berikut adalah kenyataan penuh tersebut:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa setelah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar isu pemulangan atau pelupusan Bible Al-Kitab dalam Bahasa Malaysia, yang menggunakan kalimah ‘Allah’ hendaklah dilaksanakan mengikut proses dan prosedur perundangan sedia ada dan yang terpakai.

Prosedur undang-undang menetapkan pelupusan barang kes yang dirampas semasa serbuan dan siasatan boleh dirujuk oleh pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi mendapatkan satu perintah sama ada perintah pelupusan atau perintah pemulangan.

Titah ini adalah selaras dengan arahan di dalam minit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara yang menyatakan "berhubung Bible Al-Kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang."

Oleh itu, pihak JAIS perlu segera merujuk perkara ini kepada pihak pendakwa raya untuk tujuan rujukan dibuat ke mahkamah. Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga kedaulatan undang-undang dan sensitiviti kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berpendapat isu ini tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana ahli politik sehingga boleh mengelirukan dan meresahkan masyarakat dengan mengesyorkan jalan penyelesaian yang tidak berpandukan kepada undang-undang dan ada juga syor-syor yang tidak munasabah.
Di samping itu, baginda berharap ahli-ahli politik tidak menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi, kumpulan atau parti mereka.

Biarlah perkara ini diselesaikan di antara pihak-pihak yang terlibat dan juga pihak yang diberi kuasa untuk menyelesaikannya.

Isu agama adalah merupakan satu isu yang sensitif. Oleh itu baginda meminta supaya semua pihak berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Baginda juga menasihatkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan dilarang untuk masuk campur dalam isu ini sehingga boleh mengelirukan lagi keadaan.

Baginda juga membuat penegasan bahawa setiap tindakan dan titah baginda dalam apa jua isu sama ada berkaitan dengan agama atau negeri, tidak pernah membelakangkan undang-undang dan tidak pernah cuba bertindak mengatasi undang-undang above the law.

18 Jun 2014

Pas mahu kuasa MAIS, JAIS dihapuskan dan beri pada DAP


KUALA LUMPUR 17 Jun - Pemimpin Pas Selangor hari ini mendesak Majlis Agama Islam Sela-ngor (MAIS) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kajian semula enakmen itu adalah perlu berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjatuhkan imej Islam apabila merampas 300 Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lalu.

Tegas beliau, penghapusan kuasa MAIS itu boleh dilakukan kerana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.

"Kami sebagai Ahli Parlimen Pas meminta kerajaan negeri mengkaji enakmen yang memberikan kuasa eksekutif kepada MAIS untuk mengarahkan JAIS dan sekiranya perlu, membuat pindaan kepada enakmen berkenaan.

"Tindakan yang seperti ini (isu rampasan Bible) boleh mencemarkan imej Sultan Selangor itu sendiri," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Yang turut hadir tiga Ahli Parlimen Pas iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Minggu lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh JAIS Januari lalu dan kes itu ditutup manakala berhubung kitab-kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang.

Bagaimanapun, MAIS pada Sabtu lalu menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan serta menolak arahan Kerajaan PKR Selangor yang meminta JAIS memulangkan naskhah Bible yang dirampas dalam serbuan pada 2 Januari lalu kepada BSM.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor berkata, JAIS telah gagal dalam peranannya apabila banyak tindakan badan agama itu menimbulkan persoalan dan kontroversi.

"Jadi kita minta kerajaan kaji dan Exco agama mengetuai jawatankuasa ini demi menjaga masalah dalam negeri Selangor dan hubungan antara bukan Islam dan orang Islam.

"Dalam mesyuarat Pas negeri, kita akan timbulkan perkara sama kerana banyak sangat kes yang kita tengok Exco agama tidak tahu apa-apa dan akhirnya kerajaan negeri juga kena menangani salah faham yang timbul," tegas beliau.

17 Jun 2014

Kerajaan Selangor gadai Tanah Rizab Melayu















trm513


                                                              cerita penuh

16 Jun 2014

Apa yang adil dan tidak adil?



Hari ini 2 artikel saya diterbitkan, 1. Sinar Harian, 2. Berita Harian. Saya akan paparkan artikel Berita Harian selepas ini
 
(Sinar Harian 16.6.14)
Paderi ultra kiasu berkata, generasi hari ini dan akan datang semakin hilang kepercayaan kepada Putrajaya kerana gagal menyelesaikan banyak isu berkaitan agama dan kaum. Kewujudan kumpulan yang digelar ekstremis (Islam), melalui ceramah perkauman (rasis), tidak diambil tindakan sewajarnya.
Paderi ultra kiasu ini merujuk kepada cara pihak berkuasa menangani isu seperti  kalimah Allah, rampasan bible bahasa Melayu, penganjuran Seminar Kristologi di UiTM, perebutan mayat (yang jelas Islam), ‘serbuan’ ke atas majlis perkahwinan Hindu dan sebagainya.
Misalnya, tindakan JAIS ke atas majlis perkahwinan pasangan Islam dan Hindu. Mereka gunakan perkataan serbu, sedangkan JAIS berkata ia pemeriksaan biasa.
Apakah mereka tidak baca atau sengaja tidak mahu ambil kedudukan istimewa Islam dalam perlembagaan? Sebarang ancaman terhadap Islam tidak dibenarkan oleh perlembagaan. Titik. Inilah hakikatnya. Faham!
Pendek kata, segala tindakan kita yang tidak menyebelahi mereka, itu tidak adil. Manakala, respon atau tindakan mereka secara agresif terhadap kita, maka itu adalah adil, seadil-adilnya.
Contoh lain, apabila Perdana Menteri menyaman laman web ultra kiasu. Semuanya itu tidak adil. Tetapi apabila ultra kiasu menyaman akhbar Melayu dan stesen TV seperti RTM dan TV3, itu semua adil. Pemikiran rimba mana yang kita amalkan.
Satu lagi, apabila Majlis Peguam yang mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, mengkritik kerajaan dan sistem perundangan negara ini, bertindak seperti parti pembangkang, tidak pula ditegur dan dikatakan ekstremis. ( Cerita penuh )

12 Jun 2014

DAP mahu umat Islam hormati murtad




KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang wakil rakyat DAP hari ini mencetuskan kontroversi apabila meminta umat Islam di negara ini menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.
"Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.
"Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.
Sementara itu, Khoo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.
Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
"Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Dalam pada itu, Khoo Ham turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.
"Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju tindakan undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini," katanya.

06 Jun 2014

PAS dihina atas kekalahan PRK Teluk Intan


Dewan Ulama Pas hari ini menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuding jari kepada hudud sebagai punca kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud di Parlimen Teluk Intan sebagai satu penghinaan kepada perjuangan parti itu.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan, dakwaan itu adalah tidak adil sama sekali serta tidak menghormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu DAP pada pilihan raya kecil (PRK) tersebut.


"Memang mudah menuding jari kalau kalah namun DAP sudah menang di Bukit Gelugor, kenapa tidak salahkan hudud? Oleh itu, kenyataan Gobind ini adalah tidak adil, tidak hormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu di Teluk Intan.
"Tindakan ini menghina perjuangan Pas kerana hudud adalah salah satu perjuangan kita. Dia (Gobind) boleh cakap ‘setuju untuk tidak setuju’, tidak setuju tak mengapa tetapi jangan menentang (hudud).
"Ada juga tindakan mereka lakukan yang kita tidak setuju macam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), kita tidak setuju tapi tak bising pun. Jadi janganlah begini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Gobind yang dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya.
Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.
Mengulas lanjut, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberitahu, kekalahan DAP tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain termasuk imej Dyana Sofya yang muda dan bukan orang tempatan berbanding lawannya, Datuk Mah Siew Keong yang berpengalaman, seorang anak tempatan dan dijanjikan jawatan menteri.
"Selain itu faktor protes senyap, penyusutan pengundi dari 80 peratus kepada lebih 60 peratus dan sebagainya. Namun, saya tidak boleh menerima alasan bahawa kekalahan di Teluk Intan disebabkan hudud," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Gobind tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia kelihatan angkuh dan tidak menerima hakikat selain tindakan tersebut turut melukakan perasaan pimpinan dan ahli Pas yang bekerja keras membantu jentera pembangkang yang diwakili oleh DAP di Teluk Intan.
"Pas berusaha membuktikan semangat setia kawan lalu menghantar pimpinan dan petugas parti membantu dengan segala pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri turut turun membantu.
"Kami dari Pahang juga memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar bagi menghantar tenaga secara syif bertugas di Teluk Intan. Saya yakin negeri lain juga memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan pembangkang yang diwakili DAP di Teluk Intan," jelasnya.