Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

28 Oktober 2014

7 PERKARA YANG RAKYAT HAKIM NEGARA PERLU TAHU !




1. Rakyat hakim negara hanya ketika pilihanraya bukan utk adili kes jenayah peribadi. Rakyat telah menghakimi BN & kami telah menang PRU13 yg lalu 133/222 kerusi. Anda telah kalah dengan 89/222 kerusi. Anak2 tadika pun faham 133 lebih banyak daripada 89. 

2. Sebelas hakim, 11 orang telah yakin yg Anwar terlibat dgn liwat. 3 hakim Mahkamah Persekutuan kes pertama dgn Azizan nyatakan dlm 1 paragraf bahawa kejadian itu memang berlaku. 2 bebaskan Anwar hanya sbb teknikal kerana Azizan terlupa tarikh.

3. Kemudian Anwar minta supaya paragraf itu dibuang. Tahun ini 5 hakim secara 5-0 putuskan yg paragraf itu dikekalkan. Dgn kata lain, mereka bersetuju dgn fakta bahawa kejadian liwat memang berlaku. Siapa kita utk mempertikai kajian mereka yg pakar bab perundangan. 

4. Dan bulan April thn ini 3 hakim mahkamah rayuan secara 3-0 setuju dengan tanpa syak lagi yg Anwar memang meliwat Saiful. Boleh baca keputusan ini dalam anwaraidc.com . Jadi 3+5+3=11 hakim telah buat keputusan ttg Anwar. Bukan 1 org tapi 11 org hakim. 

5. Hari ini & esok 5 lagi hakim akan buat keputusan di Mahkamah Persekutuan, keputusan terakhir utk Anwar bagi kes Liwat 2 ini, bukan Fitnah 2 mcm kata mereka. Jika Anwar dilepas, itu keputusan mahkamah yg perlu diterima. Jika Anwar tidak lepas, itu juga keputusan mahkamah yg perlu diterima. 

6. Hanya org yg terdesak, org yg bersalah akan rasa terdesak lantas melakukan hal2 yg melanggar undang2 spt kejadian di UM mlm tadi. Org yg tidak bersalah sepatutnya hanya perlu tersenyum & berdoa serta bertawakal kpd Allah. 

7. Anwar, cukuplah utk menipu rakyat. Cukuplah utk mengguna rakyat bagi kepentingan peribadi. Keadilan akan terbukti berdasar fakta kes anda. Jangan khuatir jika anda tidak meliwat. Namun jika anda mmg benar melakukannya, keadilan kpd Saiful akan terlaksana jua. Rakyat hakim negara pada PRU14 nanti. Bukan hari ini & esok. 28/10/2014 Hari Selasa. -


03 Oktober 2014

Video yang wajib ditonton semua ahli PAS

Perjelasan tentang Rasionalisasi Subsidi minyak

 

Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.


1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)

--------------------------------------

Dato Hasan Malek memberi penjelasan berikut:



PENERANGAN MENGENAI ISU RASIONALISASI SUBSIDI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Berikut adalah beberapa penerangan dan pencerahan mengenai persoalan yang timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi baru-baru ini. 


1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni? 

Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi ini ditarik balik hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20 seliter untuk Diesel.

2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?

Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang. Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu sewaktu krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat yang berlaku beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk.

Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali perbelanjaan negara.

Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini.

3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana? 

Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi penyeludupan dan ketirisan.

Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar.

Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan bakar (Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita kira jauh lebih penting untuk masa hadapan.

4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?

Berbeza dengan kebanyakkan negara lain kita tidak mengapungkan harga bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun.

Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu harga dunia tinggi.

5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macamana?

Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini.

YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi bekalan.

Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran, KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil tindakan.

6. Kenapa tak buat lepas raya haji?

Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat sebelum Deepavalli pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi kesan untuk perayaan Hari Natal.

Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan.

7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?


Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD). Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800.

8. Kesan terhadap harga barangan? 

Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi kesan cost past through yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas seperti bahan makanan.

9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihanraya ke? 

Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya tetap tidak popular.

10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?

Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran.

Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negarac.

Dpd :
Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan



SUMBER