Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

21 Mei 2013

Dalang Lahad Datu diketahui

DR. AHMAD Zahid Hamidi, Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua, kiri), Khalid Abu Bakar dan Mohd. Bakri Mohd. Zinin (dua, kanan) ketika sesi taklimat bersama para pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 20 Mei - Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas Kiram.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai perkara itu telah kita peroleh dan sedang diteliti dari segi undang-undang untuk memperkuatkan hujah di mahkamah nanti," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin serta pegawai-pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, semalam mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah memaklumkan tiga pemimpin pembangkang terdiri daripada dua orang daripada Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah dijangka diheret ke mahkamah tidak lama lagi kerana dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.
Menurut beliau, pihaknya mempunyai maklumat terkumpul penglibatan pemimpin-pemimpin itu, namun bukti-bukti kukuh dari segi perundangan sedang diusahakan bagi membolehkan mereka dibawa ke muka pengadilan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan Peguam Negara untuk berbincang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mereka kerana tidak mahu berlaku prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
"Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak profesional khususnya Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan," katanya.

MELAYU PR BOIKOT BARANGAN ORANG MELAYU..!!!




SYED BUKHARI KRONI BN..??? MONOPOLI PERNIAGAAN..??? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI..??? Lihat baik-baik carta senarai orang terkaya Malaysia diatas...

Mari kita baca fakta Jasa Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari kepada orang Melayu...

1.Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari telah membina Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam bidang pendidikan.

2.AlBukhary International University adalah university bagi orang Islam sahaja yang berpusat dikedah iaitu 100% penajaan biasiswa kepada semua pelajar yang belajar disitu. Bermakna yuran belajar semua pelajar adalah dibawah tanggungan Tan Sri Syed Al Bukhary.

3.Hingga kini, Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.

4.Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada pendudud negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

5.Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks itu memainkan peranan sebagai pusat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

6.Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.

7.Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah masjid di serata negara.

8.Terdahulu pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.

9.Pada November 2007 pula, Yayasan Albukhary telah menaja lebih 30 pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

10.Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Adakah bangsa Melayu sendiri masih ingin dijadikan musuh oleh kalangan Melayu PKR dan Melayu PAS dengan memboikot barangan Melayu sendiri..??

 

Cayalah Menteri KDN baru ni


MARAN - Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyokong ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menghuru-harakan negara.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Khairul Amin Osman berkata, majlis itu membantah tindakan tidak bertamadun pembangkang yang berterusan mengadakan perhimpunan haram di beberapa negeri yang mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.

Beliau berkata, sebanyak 26 gabungan dalam pertubuhan itu yang mempunyai 30,000 ahli itu mengutuk usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan perhimpunan terbabit untuk meraih simpati rakyat.

Tegasnya, rakyat yang diberi kuasa mengundi dalam pilihan raya umum lalu telah memilih Barisan Nasional (BN) dan perlu diterima dengan baik serta rasional oleh mereka.

"Sikap yang tidak dapat menerima kekalahan dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain atas kekalahan pembangkang menampakkan kerakusan Anwar menghalalkan cara untuk menumbangkan kerajaan BN.

"Anwar yang secara terus-terusan menghasut rakyat dengan provokasi dan fitnah dengan menyalahkan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh diterima akal yang waras,' katanya.

Beliau turut berkata, kepimpinan badan gabungan itu telah diingatkan supaya tidak ada mana-mana ahli persatuan mereka terbabit dengan demonstrasi jalanan.

Tambahnya, kerajaan perlu bertegas dengan penganjur atau individu yang bermaharajalela menganjurkan demonstrasi haram jalanan tanpa rasa bersalah.

"Tindak tanduk Anwar yang menghasut rakyat di seluruh negara dengan sokongan DAP sangat menjijikkan,''katanya.