Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

04 Januari 2011

PKR - Bapak segala penderhaka


Isu pelantikan Mohd. Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) makin panas. Walaupun pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim gagap tidak berpuas hati dan terus "mengaruk".

Perasaan Mat Kelubi mendidih je bila beberapa blog menyiarkan kenyataan ringkas ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafei. dia tulis: ''Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor."

Pada Mat Kelubi, dia dah melampau sebab heret Sultan Selangor ke dalam politik dan kenyataannya itu menghina Sultan. Mat Kelubi juga tidak faham mengapa dia nak mengaitkan rakyat dan menghasut rakyat supaya bangkit menentang Raja dalam isu tersebut.

Ini bukan isu rakyat tetapi isu kerajaan Selangor yang sebenarnya membelakangkan undang-undang tubuh negeri. Siapa yang sebenarnya tidak adil dan bodoh kalau bukan Khalid gagap n de’ gang.

Pihak yang sepatutnya ditentang kerana ketidakadilan dan tidak menghormati institusi diraja adalah kerajaan negeri itu sendiri. Tindakan Khalid gagap dan Shuhaimi si penderhaka bercanggah dengan semangat Perlembagaan yang patut kita junjung. Puak puak ni lebih suka bawa aspirasi DAP komunis yang kita tahu apa motifnya. Selama ini pun nama je Khalid gagap jadi Menteri Besar tapi DAP komunis yang banyak buat keputusannya. Realitinya para pemimpin PKR lebih lebih lagi bos mereka, Anwar Ibrahim si peliwat ( macam karpal singh cakap ) duduk dalam cengkaman DAP komunis atas banyak sebab. Kalau mereka dapat memerintah negara, kompom Malaysia akan jadi negara republik cam Singapore. pada Khalid gagap dan Shuhaimi si penderhaka hentilah jadi barua DAP komunis . Minta ampun dengan Allah s.w.t dan DYMM Sultan Selangor..

Jika tidak, sahlah mereka bukan sahaja barua malah penderhaka besar...

06 April 2010

Siapa Calon BN Hulu Selangor




Teka-teki siapa akan menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini kini menjadi tumpuan masyarakat akar umbi di kawasan itu.Ia menjadi topik hangat sejak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi itu ekoran kematian penyandangnnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR akibat barah otak pada 25 Mac lepas.Pilihan raya umum Mac 2008 menyaksikan Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel, yang mewakili kawasan itu sejak 1990, dengan majoriti 198 undi - satu keputusan mengejutkan kerana kesemua tiga DUN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor iaitu Ulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu, dimenangi oleh BN, lapor Bernama.

Persoalannya kini berkisar sama ada MIC akan terus bertanding di situ, dan jika ini berlaku, siapakah tokoh MIC yang akan mewakili BN di situ?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan pengerusi BN dilaporkan berkata kerusi parlimen itu kemungkinan dikekalkan kepada MIC.Semalam, Muhyiddin berkata calon BN akan diumumkan pada 15 April ini, dua hari sebelum penamaan calon.Bagi Palanivel sendiri, beliau optimis status quo itu akan dikekalkan."Ini kerusi MIC lagipun ini kerusi campuran, sepatutnya tiada perubahan," katanya ketika ditemui di Batang Kali Jumaat lepas.Hampir 53 peratus atau 34,020 daripada 64,500 pemilih berdaftar adalah pengundi Melayu manakala kaum Cina dan India masing-masing terdiri 16,964 pengundi (26.3 peratus) dan 12,453 pengundi (19.3 peratus).

Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak ketika turun ke Kuala Kubu Baharu Sabtu lepas berkata beliau perlu berunding dengan banyak termasuk Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berhubung pemilihan calon itu."Banyak nama yang layak tetapi presiden hanya calonkan Palanivel sebab beliau lama jadi wakil rakyat di sini," kata seorang pemimpin akar umbi MIC yang enggan namanya disiarkan.

Palanivel, yang juga bekas wartawan, merupakan pengerusi MIC Selangor dan ketua MIC bahagian Hulu Selangor.Selain Palanivel, nama lain yang disebut-sebut ialah naib pengerusi MIC Hulu Selangor K Balasundram, setiausaha agung MIC S Murugesan, ketua Pemuda MIC bahagian itu V Mugilan, ahli jawatankuasa MIC Hulu Selangor, K Arunasalam, ketua penerangan MIC kebangsaan P Kamalanathan dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.Mugilan dan Subramaniam dikatakan calon popular kerana kedua-duanya merupakan anak tempatan, masing-masing berasal dari Ladang Kerling dan Ladang Lima Belas, Hulu Selangor.

Apa yang pasti, seperti kata Muhyiddin, individu yang terpilih adalah terjemahan "denyut nadi" rakyat di kawasan itu bagi memastikan kerusi itu kembali ke tangan BN.Sentimen sama disuarakan timbalan pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar di Batang Kali baru-baru ini dengan berkata: "Dalam perjuangan perlu ada satu suara, siapa dipilih adalah calon BN dan perlu disokong sebulat suara.

"Sementara itu, 54 pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan persekutuan (JKKP) yang sebahagian besarnya ketua Umno cawangan di Hulu Selangor, telah menghantar memorandum kepada perdana menteri, mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.Memorandum tersebut telah diserahkan oleh naib ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Adnan Buyong.
Penghantaran memorandum tersebut dilihat sebagai langkah serius dan bersungguh-sungguh Umno bahagian untuk mendapatkan kembali kerusi tersebut yang kini ditandingi oleh calon MIC.

Kita tunggu dan lihat walau sapa pun calon BN , kita wajib sokong..

03 Mac 2010

Satu Sudah Keluar, Sembilan bila Lagi


Ahli Parlimen PKR Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri (gambar), sebentar tadi mengumumkan keluar parti untuk menjadi MP Bebas.Beliau berkata demikian dalam sidang media.

02 Mac 2010

Panas ; 10 lagi dijangka keluar parti

Terdapat 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan ANuwar Aljuburi... Pembangkang kata Umno beli... Pembangkang boleh cakap yang dia suka... tetapi yang meninggalkan PKR sebelum ini bukanlah seorang dua.. tetapi dah beratus ramainya...Dari Ezam sampailah kepada Tan Tee Beng... ramai dah tu... Semua yang keluar ialah pendukung 'totok' reformasi yang berjuang bersama ANuwar.. Dakwaan UMNO membeli hanya tuduhan niat jahat pemimpin Pakatan dan kroni mereka.. hakikatnya masalah dalaman berlakau dalam PKR sangat teruk... semua pemimpin atasan sedang berebut kuasa.. ANuwar pula si tongong boneka DAP....berikut ialah 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR:1. Zulkifli Noordin - Kulim-Bandar Baharu2. Azan Ismail - Indera Mahkota3. Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai4. Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah5. Ab Aziz Ab Kadir - Ketereh6. Ahmad bin Kassim - Kuala Kedah7. Rashid bin Din - Merbok8. Zainal Abidin Ahmad - Hulu Selangor9. Kamarul Bahrin Abbas - Teluk Kemang10. Wee Choo Keong - Wangsa MajuSenarai nama ini sebenrnya diambil dari blog pembangkang anjung Mari ni, kita tunggu tengok la dulu. Cuma kita harap sesangat lah, jangan ada pimpinan Pakatan yang menggelarkan mereka mereka ni sampah semata mata nak sedapkan hati penyokong saja dan sekaligus menutup kelemahan sendiri dalam pengurusan ahli.Buktikan juga pada ahli kebanyakan serta pendokong yang tidak berparti, agar mereka percaya dan yakin bahawa lompatan mereka mereka adalah disebabkan oleh ketidakcekapan dan ketidakupayaan pemimpin mereka sendiri mendokong perjuangan parti. Perlu telus dalam kenyataan bukan sekadar melepas diri dari tanggungjawab.APa lagi... jom keluar beramai-ramai dari PKR!!!

12 Februari 2010

Penyokong Khalid Tak Puas Hati Dengan Hadi


Setelah bersemuka sendiri dengan penyokong Khalid Samad berhubung isu tindakan disiplin terhadapnya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih gagal memuaskan hati penyokong ahli parlimen Shah Alam itu.
Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi - lebih dua jam - menyebabkan banyak soalan dan "isu-isu besar" tidak dapat diajukan kepadanya.
"Tidak puas hati itu bukannya apa, sebab masa dialog itu pendek. Kita tunggu lama tetapi akhirnya (peluang itu) berlalu begitu," kata pemangku yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam, Azli Yusof. KLIK

10 Februari 2010

Dap - Duri dalam daging Pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan, DAP tidak diperlukan dalam pakatan kerana parti itu menjadi punca utama kepada semua masalah dalaman yang melanda pembangkang sekarang.
Katanya, kes pusat penyembelihan babi di Kedah dan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin sebahagian contoh tindak-tanduk DAP sebagai “duri dalam daging” bagi pakatan.
“DAP tidak diperlukan, malah ‘duri dalam daging’ kepada pakatan selain menjadi punca kepada masalah-masalah yang berlaku dalam pembangkang.
“Di Kedah, DAP mengugut kerajaan apabila pusat membela babi dirobohkan pihak berkuasa, manakala Fairus Khairuddin pula ditekan sehingga berhenti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam tadi.
Jelas Zulkifli, pakatan pembangkang perlu berani mengambil risiko termasuk kemungkinan hilang kuasa di negeri yang mereka tadbir sekarang bagi menyingkirkan DAP demi kepentingan rakyat dan negara.
Mengulas lanjut mengenai peranan sulit DAP, beliau memberitahu, banyak aduan telah dibuat sejak pakatan pembangkang ditubuhkan termasuk tindak-tanduk parti tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
“Bukan tak guna saluran dalaman, sudah disuarakan dalam mesyuarat dan sebagainya, tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini kerana kecewa dengan pendirian pucuk pimpinan parti yang tunduk kepada DAP.
Mengulas kerjasama dengan UMNO, Zulkifli berkata, Pas dan PKR seharusnya mengambil peluang mengadakan perbincangan Islamiah dengan UMNO dan membuang perasaan buruk sangka atau prejudis.
“Siapa yang memartabatkan perjuangan Islam adalah sahabat kita, tidak kiralah PKR, Pas atau UMNO,” tegasnya.

Mat Kelubi kata ;

Dah lama sangat dah Dap gampang ni nak musnahkan Islam dan melayu ni. Yang tak sedar2 lagi tu napenya. nak tunggu Islam hancur dan melayu hancur baru nak berubah ke.

03 Februari 2010

Zul letak jawatan, PRK lagi la kita


Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.
Sambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu. KLIK
Mat Kelubi kata ;
jangan setakat cakap je Yb Zul. letak terus la senang boleh buat PRK. biar semua orang tumpu kat Kulim je senang pihak pembangkang nak main isu royalti dan kes liwat bos u tu . konon2nya kerajaan zalim......