Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

08 Ogos 2011

Tahniah Dato' .. Hujahan Bernas


1. Sebaik-baik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar Pas baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

2. Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang Pas membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan Pas sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "Pas aloh ko DAP" (Pas kalah kepada DAP).

3. Ini hakikat yang sukar diterima orang Pas. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong Pas akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya.

4. Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas akan ditubuhkan untuk membincang kandungan negara berkebajikan yang diinginkan Pas. Sebagaimana konsep negara Islam, Pas bercakap dulu, fikir kemudian.

5. Dan dalam hal ini, Pas kena memerah otak untuk mengisi konsep negara berkebajikan yang masih tidak jelas. Saya percaya sebahagian besar yang difikirkan ialah bagaimana memastikan konsep negara berkebajikan tidak ditentang juga oleh DAP nanti. Pas kena pertimbangkan perasaan DAP dan risiko daripada tentangan politik dari aspek ideologi.

6. Keputusan Kerajaan Kedah menarik balik arahan melaksanakan peraturan terhadap premis hiburan di bulan Ramadan adalah satu lagi episod "Pas aloh ko DAP". Walaupun pemimpin Pas memberi pelbagai alasan bahawa ia bukan demikian dan memberi macam-macam putaran terhadapnya, hakikatnya ialah keputusan itu dibuat setelah diugut oleh Karpal Singh.

7. DAP anggap keputusan kerajaan Pas Kedah sebagai "tidak cerdik" (baca: bodoh) dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua parti. Andainya tiada ugutan kes ini dibawa ke mahkamah, masakan pucuk pimpinan Pas terbabit sehingga mendesak kerajaan negeri mengubah pendirian.

8. Dalam kes terbaru, wakil Pas di Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, dikecam teruk oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Theresa Kok atas pendirian terbukanya mempertahan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Serbuan itu dibuat atas laporan adanya usaha menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam atau memurtadkan mereka.

9. Sebelum episod ini, "Pas aloh ko DAP" di Selangor. Exco DAP Selangor, Ronnie Liu perjuangkan penjualan arak dan meluluskan banyak lesen rumah urut, Pas tidak boleh berbuat apa.

10. Dia arah Majlis Bandaraya Shah Alam kembalikan arak yang dirampas kepada kedai yang melanggar peraturan menjual. Dia juga arahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tarik balik larangan ke atas orang Islam bekerja di premis menjual arak.

11. Pemimpin-pemimpin DAP dibenarkan masuk masjid atas urusan politik dan ada yang masuk dalam keadaan tidak ikut adab tertib Islam. Melihatkan kuatnya tekanan DAP (dan pihak lain, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, dari PKR) ke atas Hasan, nampaknya Pas akan 'aloh' lagi kepada DAP dalam hal ehwal agama dan orang Islam di Selangor.

12. Di Pulau Pinang pun sama, "Pas aloh ko DAP". Exco DAP berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sampai perarakan Maulidur Rasul pun dibatalkan. Lim Guan Eng sudah wujudkan Exco bagi bukan Islam. Sedikit demi sedikit hal-hal Islam diceroboh, dan umat Islam pula yang bertelagah sesama sendiri.

13. Sebelum ini, Pas memberi alasan berkawan dengan DAP kerana ingin berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada pemimpin DAP seterusnya mengislamkan mereka dalam masa terdekat. Soalnya Pemimpin DAP mana yang sudah masuk Islam sejak Pas mula menjalin hubungan politk dengan DAP?

14. Selepas pilihan raya 2008, orang Pas tolong jaja cerita mengenai kepimpinan Lim Guan Eng ala Khulafah Al-Rasyidin. Penceramah-penceramah Pas tolong kempen termasuk waktu kuliah maghrib di masjid-masjid mengenai idola Guan Eng iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.

15. Malah ada ustaz-ustaz Pas mengumumkan Guan Eng akan peluk Islam, tetapi terpaksa menunggu sehingga bapanya Lim Kit Siang peluk Islam dulu dan melaksanakan undang-undang Islam sekiranya pakatan pembanghkang berjaya menawan Putrajaya kelak.

16. Sudahlah Pas gagal melaksanakan sebarang undang-undang Islam setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, mereka meletakkan pula tanggungjawab hendak melaksanakan undang-undang Islam ke atas bahu Guan Eng dan Kit Siang.

17. Amat malang, terlalu ramai pengikut Pas yang mempercayai momokan ustaz-ustaz Pas ini, yang berjaya mewujudkan segolongan pengikut yang taksub dan mempercayai apa saja yang diucapkan.

18. Apa yang Pas berjaya lakukan ialah memberi dorongan kepada pemimpin DAP menghina Islam, menghina al-Quran dan menghina masjid. Pemimpin-pemimpin DAP sesuka hati memetik ayat al-Quran semasa berceramah politik dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti hati orang Islam.

19. Tapi Pas mempertahankan mereka walaupun hadis dan ayat al-Quran dipersenda. Soalnya: dakwah macam mana yang Pas buat untuk DAP sampai DAP jadi berani begitu? Pemimpin PKR dan Pas di Selangor dan Pulau Pinang tidak lagi berani bercakap mengenai kepentingan Melayu dan kedaulatan Islam kerana dicap sebagai rasis. Kononnya atas dasar 'tahaluf siyasi', Pas berpakat dengan DAP untuk mendapat kuasa, seterusnya untuk mengembang Islam.

20. Hakikatnya Islam bukan sahaja tidak berkembang, malah pemimpin Pas sibuk pula mencari ayat-ayat Quran sebagai rujukan untuk menghalalkan tindakan-tindakan DAP. Nampak sangat kedudukan Pas yang sedang berkecamuk dan pemikiran pemimpin yang bercelaru. Negara Islam pun dah jadi Negara Kebajikan. Slogan 'Membangun Bersama Islam' kini tukar jadi 'Pas Untuk Semua. '

21. Dulu Karpal Singh kata Pas kena langkah mayat dia jika mahu tubuh negara Islam. Baru-baru ini, pemimpin Pas, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yakni bekas Speaker DUN Kelantan, pula kata langkah mayat dia jika ada sesiapa mahu serang Karpal Singh.

22. Kalau Pas mendalami pengertian bahawa khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang pemimpin DAP anti-Islam setaraf Khalifah al-Rasyidin.

23. Bila timbul cerita Tengku Razaleigh Hamzah, dan bukannya Abdul Hadi Awang mungkin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang untuk menawan Putrajaya, sekali lagi 'Pas aloh'. Padahal, di kalangan penyokong Pas, Abdul Hadi adalah calon mereka dan pernah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

24. Nampaknya, Pas kecewa lagi. Tidak hairanlah jiwa Pas kini sakit, hatinya penuh dengan dendam dan nafsu Qarun yang semakin membuak. Saya percaya ramai pemimpin dan ahli Pas asal menangis melihat rupa wajah Pas hari ini: parti pak turut yang melukut di tepi gantang, parti yang aloh sokmo. (Rencana tulisan Dr Mashitah di dalam Utusan Malaysia).

03 Ogos 2011

Tolak Anwar: usaha DAP, Pas kekalkan kedudukan

Penolakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh DAP dan Pas membuktikan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dianggap sebagai beban kepada masa depan politik mereka.

Keadaan itu dapat dilihat apabila Pas dan DAP melaksanakan pelbagai langkah untuk mengekalkan kedudukan masing-masing sehingga mengetepikan peranan PKR termasuklah Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Keadaan yang boleh ditakrifkan sebagai 'penolakan Anwar dan PKR' ini adalah petanda bahawa Anwar tidak lagi diperlukan oleh pembangkang untuk mendapatkan sokongan politik.

"Anwar sebenarnya sudah tidak lagi relevan kepada masa depan pakatan pembangkang,”

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini dikatakan ditawarkan untuk menjadi ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar jika Penasihat PKR itu sabit kesalahan bagi kes liwat yang dihadapinya sekarang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh bakal memegang jawatan itu dan perkara sama turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh mereka dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Pimpinan Pas mungkin melihat Anwar sebagai liabiliti kepada parti ekoran terpalit dengan pelbagai dakwaan salah laku moral ketika ini.

"DAP juga dilihat seolah-olah sedikit demi sedikit meninggalkan PKR dan Anwar apabila dilaporkan bersedia untuk meletakkan calon-calonnya bertanding di kawasan majoriti Melayu," katanya.

Menurut beliau, langkah tersebut dilihat sebagai satu isyarat bahawa DAP juga tidak memerlukan sokongan PKR dan Pas untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

"Jika sebelum ini DAP bergantung kepada undi dan sokongan Pas serta PKR, kini parti itu seolah-olah yakin akan mendapat sokongan orang Melayu secara bersendirian," katanya.

02 Ogos 2011

DAP mahu calonnya jadi MB, PM


DAP berhasrat untuk meletakkan lebih ramai wakilnya sebagai Menteri Besar apabila bersedia untuk bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya ialah Melayu.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, DAP sudah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu apabila parti itu gagal mencalonkan wakil mereka sebagai Menteri Besar.

“Tujuan mereka bukan kerana mahu mengangkat pemimpin Melayu, tetapi ingin memastikan pengaruh dan memperluaskan kuasa sekali gus menjadi parti induk di dalam pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat ‘keputusan yang sukar’.

Sementara itu Pengerusi Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin pula berpandangan, DAP sedang menyusun langkah yang lebih besar iaitu untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang memerlukan parti itu melebarkan jaringan di kawasan Melayu.

Secara halusnya kata beliau, DAP sedang mengadaptasikan cara Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura menguasai kerusi Melayu di negara itu sejak 1965.

“Malah, hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP juga merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini,” katanya.

Matkelubi: Nampak sangat la orang melayu dalam PAS dan PKR tak boleh pakai dan dipercayai oleh DAP.. Wat malu je berkempen sini sana bawak bendera DAP tapi hakikatnya sedikit pun DAP tak hargai nya..Tunggu apa lagi wahai Melayu , bangkit la berpadu la kita tentang habis – habisan DAP celaka ini

Harapan mendapat imbuhan raya RM500 tahun ini


SAYA berharap imbuhan RM500 'dihadiahkan' kepada kakitangan awam dan juga para pesara kerajaan sebagaimana dinikmati semua penjawat awam pada tahun 2010.

Imbuhan itu yang diberikan seminggu sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dapat menampung sedikit sebanyak bebanan perbelanjaan, terutama sekali mereka berpendapatan rendah untuk menyambut hari lembaran.

Dengan kos sara hidup semakin hari semakin meningkat diharap kerajaan dapat menimbangkan ganjaran atau imbuhan itu dan jika boleh di akhir tahun pula diberikan sekurang-kurangnya bonus sebulan gaji kepada semua kakitangan awam serta tidak lupa juga kepada pesara kerajaan.

Begitu juga dicadangkan mereka yang berumur menjangkau 80 tahun ke atas juga diberikan 'duit' hari raya sebagai hadiah kepada warga emas kerana warga emas yang mencapai umur hingga 80 tahun tidaklah ramai di negara kita ini.

SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan Seremban

01 Ogos 2011


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpendapat, jika Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengemudi pakatan pembangkang selepas ini..

"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabit kesalahan dalam kes liwatnya.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu seterusnya berkata, setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain.

"Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," jelasnya.

Matkelubi: Kalau ikutkan jumlah kerusi dalam parlimen Anwar Ibrahim memang tak layak pun jadi ketua pembangkang.. Makna nya tak salah la apa yang Ust. Harun ni cakap.. Anwar Ibrahim tak boleh nak marah la