Apabila Niat tidak berniat dengan betul
(Sinar Harian 3 Sept 2012)
Saya tersenyum membaca berita sekumpulan kecil orang India, menamakan diri mereka sebagai Pasukan Tindakan Kebangsaan Hak Orang India atau singkatannya Niat,
yang mendesak kerajaan memenuhi tuntutan luar biasanya. Kumpulan ini
diketuai seorang India Muslim yang kononnya bergelar Dato’ bersama bekas
ketua Majlis Peguam, juga ketua penyokong LGBT. Antara desakan mereka
supaya kerajaan supaya melantik Timbalan Perdana Menteri kalangan bangsa
India selepas Pilihan Raya
Umum 13 (PRU 13). Banyak lagi tuntutan lain yang tidak perlu disebutkan,
seperti membuka sekolah berasrama penuh kepada semua kaum. Lebih lucu
lagi mereka mendesak supaya bilangan menteri kabinet India ditambah
kepada tiga dan empat timbalan menteri.
Lelucon,
mereka juga mahukan timbalan menteri besar India, di beberapa negeri
seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Selain itu,
kerajaan didesak menubuhkan Jabatan Pembangunan dan Kebajikan Kaum
Minoriti.
Persoalan
saya, siapa mereka ini yang diberikan publisiti meluas di laman web
ultra kiasu? Perlukah kerajaan tunduk kepada nyamuk-nyamuk ini? Buruk
sangatkah layanan kerajaan terhadap kaum minoriti? Pesan saya, janganlah
bermimpi di siang hari. Kalau boleh, jangan tidurpun.
Belajarlah
dari sejarah. Jika mahu diwujudkan pun jawatan dua atau tiga Timbalan
Perdana Menteri, orang yang lebih layak adalah wakil daripada Sabah dan
Sarawak, bukannya orang India yang hanya mewakili 7 peratus, mahukan
populasi Cina yang lebih besar, 25 peratus. Lagi pula, tidak ada satu
penempatanpun (parlimen atau DUN) di negara ini, orang India menjadi
majoriti.
Sistem
pembahagian jawatan kabinet hari ini sudah cukup baik. Nasib minoriti
sentiasa terbela. Malah mereka mendapat lebih dari apa yang sepatutnya.
Suara-suara mereka sentiasa didengar kerajaan. Bandingkan sahaja dengan
minoriti Islam di tempat atau negara lain. Hak dan suara orang Islam
langsung tidak dipedulikan, malah dianiaya, diseksa dan dibunuh dengan
kejam.
Kenapa
tidak berlaku diskriminasi sedemikian rupa? Jawapannya, kerana Islam
tidak membenarkan. Agama Islam anjurkan kita bertoleransi dengan orang
lain, walaupun apa jua kedudukan mereka, kecuali kafir harbi. Ajaran
Islam telah mengajar orang Melayu (Islam) supaya berlaku adil, yakni
meletakkan sesuatu pada tempatnya atau memberi hak kepada yang berhak.
Jika ditakdirkan orang Melayu tidak memeluk Islam 600 tahun lalu, apakah
akan terjadi kepada kaum minoriti ini? Fikir-fikirkan.
Tinjau-tinjaulah
sama nasib umat Islam yang menjadi minoriti di tempat lain seperti
Rohingya, Selatan Thai, Selatan Filipina, atau di mana-mana sahaja umat
Islam menjadi minoriti. Nasib mereka tidak tentu keruan antara hidup dan
mati. Hidup diseksa, mati merana.
Pendek
kata, apabila umat Islam diperintah, umat Islam menderita. Manakala,
apabila umat Islam memerintah, bukan Islam dan minoriti hidup senang
lenang. Hari ini mereka mahukan semua. Apa yang diperolehi oleh orang
Islam dan bumiputera, mereka tidak boleh dikecualikan.
Siapakah
yang perlu memberikan laluan dan mengorbankan haknya? Sudah tentu yang
menjadi mangsa nanti adalah orang Islam. Nak harapkan ultra kiasu,
mereka tidak akan mengalah walau seinci.
Sebab
itulah sistem pentadbiran dan pengurusan politik di Malaysia nampak
pelik. Mari kita lihat antara salah satu kepelikannya. Negara sekecil
Malaysia mempunyai saiz kabinet begitu besar. Terdapat 33 menteri penuh,
tidak berbaloi dengan saiz dan bilangannya. Negara-negara lain yang
saiznya berganda-ganda lebih besar daripada Malaysia, tidak ada bilangan
menteri kabinet yang begitu banyak. Ini tidak termasuk beberapa
timbalan menteri dan beberapa jawatan khas yang diwujudkan, khusus untuk
menjaga kaum tertentu.
Misalnya, Amerika Syarikat, saiz menteri kabinetnya antara 15-23 orang, Australia 21, Japan 19, Britain, 23,
Turkey 26, Arab Saudi 23, Thailand 26 dan Singapura 17. Ringkasnya,
amat jarang negara yang mempunyai menteri kabinet melebihi 30 orang,
hatta negara yang bersaiz begitu besar sekalipun.
Persoalannya,
kenapa Malaysia sebagai antara negara-negara kecil di dunia, begitu
ramai menteri kabinetnya? Jawapanya tidak lain, meraikan kaum minoriti.
Hak minoriti perlu dijaga kerana ia adalah tuntutan Islam. Pemerintah
yang mengamalkan diskriminasi dan penyelewengan, akan dicampakkan ke
dalam neraka. Atas dasar inilah kita lihat seolah-olah sistem politik
kita agak kelakar, tetapi unik dalam soal menjaga integrasi nasional dan
perpaduan.
Lebih
bernasib baik lagi, berbanding dengan orang Cina, tidak ada satu
kawasan di negara ini yang majoritinya adalah orang India. Orang India
tetap diberikan laluan untuk bertanding dalam pilihan raya. Bukti
menunjukkan, kemenangan calon India adalah undi ihsan orang Melayu. Ini
tidak termasuk perlantikan jawatan senator terhadap mereka yang kalah
dan wakil kaumnya. Kenapa dan mengapa, wakil India masih dibenarkan
bertanding dalam pilihan raya? Tidakkah lebih baik wakil India dilantik
sahaja sebagai senator? Kenapa mesti mempertaruhkan kerusi India kawasan
orang Melayu, sehingga akhirnya kerusi tersebut terlepas kepada
pembangkang?
Bandingkan
dengan Singapura yang mana bilangan Melayu lebih ramai daripada orang
India. Sejauhmanakah kepercayaan diberikan kepada orang Melayu dalam
kabinet dan jawatan penting kerajaan? Begitu juga minoriti Islam di
India, China dan lain-lain.
Nasihat
kepada kumpulan Niat yang tidak berniat dengan betul, kalau sudah tidak
ada kerja, duduk rumah diam-diam, jangan buat kacau. Malukan minoriti
lain sahaja dengan kenyataan lucu tersebut. Cerminlah diri. Ikutlah
kepimpinan Mahatma Gandhi, apabila ditanya selaku pemimpin besar dan
ulung, yang sepatutnya mendapat layanan kelas pertama, apabila ditanya:
“kenapa tidak menaiki keretapi kelas pertama”. Jawab beliau “kerana
tidak ada kelas keempat”.
Tidakkah
kita sedar apabila saiz kabinet semakin besar, maka, selain daripada
pertambahan tenaga kerja, prasarana lain dan bangunan turut bertambah.
Pertambahan ini melibatkan perbelanjaan yang begitu besar. Maka tidak
hairanlah perbelanjaan begitu tinggi. Sedangkan tugasnya kadangkala
bertindan lapis.
Orang India yang minta ada seorang Timb.Perdana Menteri tu patut sedar sikit. Ingat kembali kisah nenek moyang mereka yang datang kesini dulu berasal dari kasta bawahan sahaja. Kalau tak kerana kerajaan British yang memerintah Malaya dulu tak bawa nenek moyang mereka, entah apa nasib mereka hari ini. Di Malaysia ni mereka boleh pegang jawatan tertinggi seperti Doktor, Peguam dan lain-lain lagi. Di India mereka tidak akan layak memegang jawatan seperti itu. Jangan hanya gilakan kuasa. Memang layaklah mereka ni dipanggil "PARIA". Banyak sangat OTAK KELING mereka ni.
BalasPadamMemang dasar x sedar diri..bangsa minoriti je mereka...punah negara jika mereka memerintah..
BalasPadam