INILAH yang dikatakan takdir.
Dikala tua kutuk Nik Aziz dan
kuncu-kuncunya sibuk memperjuangkan royalti minyak untuk Kelantan
(walhal tidak layak), negeri berjiran dengannya, Pahang pula yang
mendapat rahmat dari Allah swt setelah telaga minyak yang baru dijumpai
di luar 3 batu nautika daripada pantai negeri tersebut.
Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri
kelmarin membuktikan bahawa rezeki ini adalah kerja Allah swt, yang
beria-ia sangat berarak dan berkonvoi kononnya menuntut itu sangat buat
apa, macam orang tak percaya Qada & Qadar.
Walaupun jumlah pengeluaran minyak di
kawasan tersebut secara relatifnya kecil (64 juta tong sahaja), tapi ia
cukup untuk menambah RM 100 juta dalam pendapatan kerajaan negeri
Pahang, yang kemudiannya akan melimpah kepada rakyat yang dibawah.
Dan jangan lupa, masih ada lagi bahagian
yang belum diteroka di kawasan tersebut, siapa tahu mungkin ada banyak
lagi simpana minyak yang menanti untuk dibawa keluar.
Peristiwa ini sebenarnya mengingatkan
penulis tentang sejarah silam perubahan kerajaan di Perak, dari Pakatan
harami ini kepada Barisan Nasional semula kira-kira 4 tahun lepas.
Situasinya berbeza, tapi ironinya sama.
Waktu itu, dalam sibuk-sibuk Anwar
mencanangkan ada ahli Parlimen BN yang mahu melompat parti (termasuk
seorang ADUN dari Perak yang confirm masuk PKR), 3 ADUN Pakatan haram
Perak mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas tapi pro BN.
Inilah cantiknya takdir Allah swt, mahu
memberi petunjuk kepada umatnya – mana-mana yang nak sedarlah; bahawa
tempoh 11 bulan berada dibawah pentadbiran DAP (bermenteri Besarkan
Nizar) tidak membawa rakyat Perak ke jalan yang betul, melainkan menjadi
hamba kepada puak-puak kiasu ini.
Yang berarak, berdemo dan sebagainya
Kelantan (sebut PAS), tapi yang tak semena-mena mendapat hasil dari
penemuan minyak ini, ialah Pahang (sebut UMNO). Inilah namanya rahmat
yang dilimpahkan Allah swt kepada kerajaan BN sebab kita semua tahu
proses penemuan telaga minyak bukan seperti menggali telaga air.
Ia memakan masa dan tenaga manusia yang banyak dan panjang, maklumlah lokasinya terletak berkilo-kilo meter di bawah dasar laut.
Harapannya, janganlah pulak Kelantan
dakwa dia ada saham dalam penemuan terbaru di Pahang ini. Atau paling
tidak membantah pembinaan projek seumpama RAPID di Johor untuk
mendaratkan hasil minyak itu nanti.
Tak payah bising-bisinglah, kata percaya rezeki datang dari Allah swt, berserah sajalah, nak bising-bising buat apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan