Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

08 April 2013

PRU13: DAP dan PAS Kedah Mengamuk Sakan Pada Anwar?



 LGA DAP KEdah

Makin hampir dengan hari penamaan calon, makin hangat pergaduhan di antara PAS, PKR dan DAP dalam perebutan kerusi DUN dan Parlimen di negeri Kedah. Masing-masing tidak lagi “tidur sebantal” dan tidak segan-segan “mencantas” sesama mereka.
Baru-baru ini Anwar Ibrahim ke Kedah dan mengumumkan dihadapan rakyat bahawa Ketua Biro Undang-Undang PKR Kedah,  Gooi Hsiao Loong, bakal dicalonkan di Parlimen Alor Setar pada PRU ke-13 kali ini.
Selain itu, Anwar juga sudah merestui salah seorang pegawainya, Eekmal Ahmad, yang dikatakan bakal bertanding di DUN Bakar Bata. Maklumat dan bukti yang saya perolehi memberitahu bahawa Eekmal sudah pun mencetak beribu helai baju-T yang memaparkan dirinya sebagai calon di situ.
Selain itu, Parlimen Padang Serai juga telah dikatakan bakal menampilkan calon dari PKR di mana Naib Presidennya, N Surendren dijangka akan bertanding di situ. Saifuddin Nasution pula disebut-sebut akan bertanding di DUN Lunas.
Sebenarnya pengumuman “haram” yang diumumkan oleh Ketua Pakatan Haram di hadapan ribuan rakyat Kedah itu telah menimbulkan kemarahan DAP dan PAS.
Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, yang merupakan panyandang jawatan ADUN Kota Darulaman mengamuk sakan pada Anwar dan menyifatkan pengumuman itu sebagai tidak menghormati parti sekutunya dan biadap.
Punya marah pada Anwar, Guan Aik sanggup mengadakan sidang akhbar bagi “menyembur” kemarahannya pada tindakan Anwar yang sesuka hati “mencantas” kerusi yang diidam-idamkan DAP itu.
Malah menurutnya, dia sedikit pun belum jelas mengenai kedudukan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di peringkat negeri Kedah dan belum ada sebarang kata putus mengenainya meskipun Parlimen sudah pun dibubarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 April lalu.
Guan Aik berkata, PKR memang maklum bahawa DAP Kedah sememangnya dari dulu berjuang mahu mendapatkan kerusi Parlimen Alor Setar untuk ditandingi pada PRU kali ini. Dia turut menegaskan bahawa pengumuman Anwar itu sebenarnya tidak muktamad.
Menariknya, Guan Aik menegaskan bahawa dia tetap akan mempertahankan kerusi DUN Kota Darulaman dan akan meletakkan calon DAP di DUN Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas, selain akan merampas kembali kerusi calon Parlimen Alor Setar dari Anwar.
Selain DAP, khabarnya ramai pemimpin PAS yang menahan geram dan marah mereka terhadap Anwar dan PKR Kedah. Macam mana tak marah kalau PKR dilihat cuba “mencantas” kerusi dan kuota milik PAS di Kedah.
PAS Alor Setar misalnya sudah awal-awal lagi mahu meletakkan calon mereka di DUN Bakar Bata (N12). Tapi Eekmal yang tidak pernah berjasa atau turun padang membantu rakyat di situ tiba-tiba balik ke Kedah dan mahu bertanding!
eekmal n12 bakar bata
Malah dia dilihat begitu giat bergandingan dengan Gooi pusing daerah tersebut dan cuba membeli
“jiwa” rakyat Kedah. Padahal, muka mereka tak pernah nampak pun sebelum ini. Apakah Gooi dan Eekmal “winnable candidate” di Alor Setar dan Bakar Bata. Sebab itulah PAS Kedah marah!
Ramai penyokong DAP dan PAS dikatakan sudah bersedia untuk menutup UPU dan bilik gerakan masing-masing sekiranya PKR terus buat sesuka hati mak bapak mereka berkenaan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di Kedah.
Tapi seperti biasa, perkara ini tidak mungkin akan disiarkan di Harakahdaily, KeadilanDaily, Roketkini mahu pun di blog pencacai mereka. Namun sebenarnya satu Kedah sudah tahu apa yang berlaku di antara parti yang tidak berdaftar secara sah itu.
Dengan kemelut hebat Pakatan Haram di Kedah itu, saya tidak mahu mendabik dada mengatakan UMNO/BN akan menang di negeri Jelapang Padi itu. Tapi cubalah turun padang dan kita akan dapat lihat betapa menyampahnya rakyat pada “kepoyoan” PAS, DAP dan PKR. Mereka memang “haprak”!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan