Sokong JAIS: Sallehin Mukhyi Patut Letak Jawatan Atau Dipecat
Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Kerajaan
Negeri Selangor, Sallehin Mukhyi ternyata tidak membantu Pakatan Rakyat
dalam isu rampasan kitab Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
apabila buat kenyataan terbuka menyokong tindakan tersebut.
Kononnya serbuan itu mengikut SOP (Standard Operation Procedure) yang telah ditetapkan.
Apa yang disebutkan Sallehin ini ternyata bercanggah dengan pendirian
rasmi Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor sendiri yang menolak
sekeras-kerasnya serbuan dan rampasan oleh JAIS tersebut.
Tambah memeritkan kenyataan ini dibuat dengan kedudukkannya sebagai
Exco, sama dengan kenyataan rasmi kerajaan negeri, dan ini tidak boleh
diterima sama sekali.
Pakatan Rakyat telah bersetuju bahawa serbuan itu gopoh dan tidak
berlandaskan prinsip permuafakatan dalam Pakatan Rakyat. Datuk Seri
Anwar Ibrahim sendiri dah sebutkan dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Jadi kenapa Sallehin pulak buat kenyataan bercanggah?
Maka itu Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera media sosial kita di
seluruh negara untuk mendesak penggunduran Sallehin sebagai Exco
kerajaan negeri Selangor.
Dari saat artikel ini ditulis, semua facebooker dan pengikut Twitter
Pakatan Rakyat akan sepakat dan satu hati mendesak perletakkan jawatan
Sallehin atas kenyataannya yang dibuat sebentar tadi.
Melainkan ada bukti menunjukkan kenyataan Sallehin itu telah
dimanipulasi media, selagi itu desakan untuk melihat pengunduran
Sallehin, tidak akan berhenti.
Kalau Sallehin nak jadi 'hero' seperti mana Datuk Dr Hassan Ali sebelum
ini, maka dia silap besarlah. Lihat saja di mana Hassan Ali sekarang,
sekadar melukut di tepi gantang, tak siapa yang nak pedulikan.
Dalam masa yang sama, aku lihat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim juga ada saham dalam isu ini. Patutnya dari awal lagi Khalid
tak seharusnya lantik seorang wakil rakyat PAS menjaga portfolio
berkaitan agama Islam di negeri tersebut.
Jawatan itu patut diserahkan kepada wakil PKR, atau paling tidak, Khalid
sendiri terus memegang jawatan tersebut seperti sebelum PRU13.
Tidaklah semua masalah ini berlaku.
Apa sekalipun, Sallehin ada 48 jam untuk meletakkan jawatan, jika tidak, Khalid seharusnya tahu apa yang nak dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan