Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

21 Mac 2014

Pengerusi Majlis Peguam kata Anwar dan Shaiful liwat suka sama suka




KUALA LUMPUR 20 Mac - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melemparkan tohmahan terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disifatkan sebagai mahu mengalih perhatian terhadap kenyataan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, bahawa perlakuan liwatnya atas dasar suka sama suka.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, hakikat itu terbukti kerana tiada seorang pun pemimpin pembangkang termasuk Anwar sanggup 'menyerang' balas Christopher, sebaliknya menjadikan Daim pula sebagai tempat untuk mereka melepaskan kemarahan.
Menurutnya, tiada apa yang pelik dengan kekayaan Daim kerana beliau memang seorang tokoh usahawan yang berjaya sebelum dibawa masuk ke dalam Kabinet oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbanding Anwar yang cuma seorang pengetua sekolah swasta Yayasan Anda.
"Jangan hanya nampak kuman di seberang laut tetapi gajah di depan mata buat tidak nampak. Daim memang kaya kerana beliau usahawan berjaya bukan kerana jawatannya sebagai bekas Menteri Kewangan. Tetapi semasa Anwar jadi Menteri Kewangan, ramai individu sekelilingnya yang mampu hidup mewah. Mengapa tak persoal.
"Setiausaha Sulit Anwar ketika itu, Azmin Ali, memiliki saham, menetap di kawasan kediaman mewah dan memiliki kenderaan mewah. Bukti mengenai perkara ini didedahkan sendiri seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Daim yang dianggap arkitek ekonomi Malaysia dibawa masuk pertama kali oleh Dr. Mahathir sebagai Menteri Kewangan pada 1984 untuk menangani krisis ekonomi ketika itu dan kemudian sekali lagi diberi kepercayaan oleh bekas Perdana Menteri tersebut pada 1998 apabila mata wang negara diserang spekulator asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan