Pengikut
wajib tolak
07 April 2014
HUDUD: UMNO Sokong DAP Tolak. Siapa Musuh PAS Sebenarnya ?
KUALA LUMPUR 4 April - Dinasti Lim DAP perlu tampil ke hadapan dan menyatakan pendirian parti itu terhadap hasrat Kerajaan Pas Kelantan membawa usul rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 ke Parlimen.
Setiausaha Agung Pemuda MCA, Leong Kim Soon berkata, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang kedua-dua jawatan Penasihat DAP dan Setiausaha Agung DAP mereka belum disahkan tidak wajar mendiamkan diri ketika Pas bersungguh-sungguh untuk mewujud dan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Kedua-dua Lim ini mendiamkan diri kerana mereka tidak sanggup mengguris hati pemimpin Pas dan pada masa sama menyatakan pendirian menyokong pelaksanaan undang-undang Islam.
Sekiranya DAP benar-benar menentang pelaksanaan hudud, kenapa tidak berterus-terang sahaja untuk menunjukkan betapa beraninya parti itu dan sekiranya DAP bersetuju dengan Pas pula, kenapa parti itu tidak menyatakan bahawa hukum hudud adalah polisi yang dipersetujui bersama dalam pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri melalui Ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.
Sementara itu, mengulas mengenai pendirian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang tidak bersetuju mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, Kim Soon berkata, pandangan Karpal itu hanya pandangan peribadi dan tidak boleh mewakili pendirian DAP.
Karpal meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP dan dia sekarang hanya seorang Ahli Parlimen biasa. Karpal tidak boleh lagi bercakap bagi mewakili pendirian DAP dan tanggungjawab itu perlu dinyatakan sendiri oleh kedua-dua Lim ini," katanya.
Menurut Kim Soon, pelaksanaan enakmen mengenai hukum hudud itu akan memberi kesan kepada setiap individu bukan Islam yang berada di Kelantan.
Sekiranya Karpal boleh membantah hudud dan berpendapat perkara itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kenapa kedua-dua Lim ini tidak boleh menyatakan pendirian mereka kepada semua orang, mereka sepatutnya menyatakan kesungguhan untuk menolak hudud," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan