Kuala Lumpur, 06 Mei. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok
Suh Sim semalam mendakwa bahawa Barisan Nasional serta Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca kesusahan masyarakat cina
didalam negara ini. Beliau mendakwa segala dasar yang dibawakan oleh BN
yang kononnya telah berjaya membantu kejayaan masyarakat Cina di negara
ini adalah tidak benar.
Beliau menyifatkan bahawa kerajaan BN dan Datuk Seri Najib sengaja
mengabaikan masyarakat cina di negara ini kerana segala dasar yang
dibuat oleh kerajaan adalah sama sekali tidak membantu masyarakat cina.
Beliau juga berkata kerajaan BN serta Datuk Seri Najib tidak berlaku
adil terhadap masyarakat cina dalam pentadbirannya.
Adun Seputih itu mendakwa kerajaan BN menjadi pernyebab pendidikan kaum
cina di negara ini semakin mundur kerana peruntukkan yang disalurkan
tidak adil. Beliau juga mendakwa kekurangan sekolah cina dan juga
kekurangan tenaga pengajar menyebabkan masyarakat cina di negara ini
ketinggalan serta susah untuk mendapatkan pelajaran yang sempurna.
Beliau berkata perkara ini sepatutnya ditangani oleh kerajaan BN sejak
dahulu lagi.
“Najib seharusnya tahu, bahawa hingga ke saat ini, banyak masalah yang
telah lama dihadapi dalam pendidikan masyarakat Cina tidak diselesaikan.
“Dengan peruntukan tidak adil, kekurangan sekolah dan guru-guru. Isu ini
sudah lama dihadapi sekolah-sekolah rendah Cina serta sudah berulang
kali dibangkitkan pimpinan pembangkang, kumpulan dan komuniti Cina.
Namun tidak diselesaikan kerajaan walaupun sudah memegang kuasa selama
beberapa dekad,” katanya dalam satu kenyataan.
Teresa yang pernah beberapa kali ditahan dibawah Akta Hasutan juga
mendakwa isu tersebut menjadi punca masyarakat cina semakin hari semakin
ramai yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara bagi
mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna. “Bukan lagi satu rahsia
bahawa faktor utama yang menyebabkan aliran keluar begitu ramai
masyarakat Cina ke luar negara adalah berpunca dari kebimbangan mereka
tentang kekurangan peluang pendidikan adil di institusi pengajian
tinggi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan