Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

05 Ogos 2014

Pakatan Rakyat Kedah Pecah Belah Gara-Gara Krisis MB Selangor

 


Krisis Pakatan Rakyat (PR) Kedah kini semakin memuncak apabila perang mulut Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Penerangan PKR Kedah, Dr Azman Ismail berhubung kemelut yang menyelebungi PKR Kedah selepas pendedahan pedas di Facebook awal minggu lepas.
Biarpun Azman cuba untuk mempertahankan PKR Kedah namun alasan yang diberikannya tidak sedikit pun mencerminkan kecerdikannya sebagai pemimpin apabila tidak disertakan bukti berbanding pendedahan Muhammad Sanusi sebelum ini.
Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pendedahannya yang dikeluarkan di media sosial itu adalah benar dan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri.
Menurutnya, hanya individu yang mempunyai pengalaman dan merasai keperitan ‘menjaga’ PKR semasa zaman pemerintahan PAS di Kedah mampu menceritakan kebenaran situasi pada ketika itu.
“Ini bukan fiksyen, saya lalui sendiri. Saya tahu segalanya siapa yang lompat parti, sebab apa, dan satu dunia tahu cerita ini.
“Kalau depa (mereka) tak tahu baik duduk diam, jangan cakap kita fiksyen, jangan dok perlekeh kita pula terutama terhadap Presiden PAS.
“Ini baru sedikit saya cerita, ada banyak lagi perkara dalaman yang terjadi melibatkan parti itu (PKR), tapi tidak mengapalah saya tak mahu dedahkan lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Muhammad Sanusi yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, PKR di negeri ini perlu memperkemaskan parti mereka sebelum membuat teguran atau mengkritik komponen PR yang lain terutama PAS.
“Kalau depa (mereka) matang, pi (pergi) bagi elok dulu parti depa, perkemaskan dulu jentera mereka, bagi ada kredibiliti calon-calon, kemudian baru boleh bertengkar (kritik) dengan parti kita (PAS). Cerita penuh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan