Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

12 Mei 2016

LIM GUEN ENG BAKAL LETAK JAWATAN KM P.PINANG!!!!!!!!!




Dari Pulau Pinang, manusia yang sikit-sikit nak berdebat, sikit-sikit nak berbahas di hadapan orang ramai, langsung tidak berani panggung muka dan menjawab persoalan-persoalan tentang skandal dan penyelewengan kuasa di Pulau Pinang yang sedang dibangkitkan oleh Abdul Rahman Dahlan. 

Lim Guan Eng buat pertama kalinya merasai sendiri serangan walaupun selama ini dia yang lebih banyak menyerang. Dia terus ditanya dan ditanya. Dan akhirnya jawapan-jawapan yang diberikan semuanya adalah putar belit.

Banglonya di Jalan Pinhorn, adalah pemangkin kepada siri pemecahan yang lain. Dari banglo tersebut yang mempunyai kaitan rapat dengan tanah Taman Manggis yang sepatutnya digunakan untuk membina perumahan rakyat termiskin, tetapi dijual kepada syarikat KLIDC yang kemudian merancang untuk menjual pula tanah tersebut yang langsung tidak dibangunkan pada kadar harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga yang mereka bayar kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Satu persatu Lim Guan Eng dipersoalkan. Kini, Abdul Rahman Dahlan bertanyakan tentang mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng, telah membazirkan wang rakyat sebanyak lebih RM300 juta semata-mata untuk membayar kertas kerja dan kajian bolehlaksanaan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan