Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

29 November 2013

Kenaikan Gaji: Kelantan dan P.Pinang bakal ikut Selangor ?




KOTA BHARU 28 Nov. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima gaji dua kali ganda lebih tinggi iaitu sehingga 134 peratus daripada yang diterima Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan kenaikan terbaharu yang berkuat kuasa 1 Januari depan.
Abdul Khalid akan menerima RM29,250 sebulan sementara Ahmad hanya memperolehi RM12,500 iaitu nilai yang sama sejak 2008 dan Guan Eng pula RM14,175.15.
Gaji yang bakal dinikmati Exco kerajaan negeri Selangor pula adalah 227 peratus atau tiga kali ganda lebih tinggi berbanding yang diterima rakan sejawatan di Kelantan dan Pulau Pinang.
Gaji Exco kerajaan negeri Kelantan sejak lima tahun lalu dan Exco kerajaan Pulau Pinang hanya RM6,109.29 sebulan berbanding yang bakal diterima Exco kerajaan negeri Selangor iaitu RM20,250.
Tangga gaji Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang sebelum ini RM6,109.29 dan dinaikkan sebanyak RM22,500 pada Januari ini juga jauh lebih tinggi berbanding gaji Speaker DUN Kelantan dan Pulau Pinang iaitu masing-masing RM6,109.29.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan pula, mereka hanya memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM8,650 iaitu jauh berbeza dengan gaji yang bakal diterima ADUN Selangor iaitu sebanyak RM11,250.
ADUN Pulau Pinang pula menerima elaun sebanyak RM4,112.79 sebulan
Sementara itu menurut sumber, selain memperolehi gaji bulanan, Menteri Besar Kelantan, Exco dan Speaker DUN Kelantan turut memperolehi pelbagai elaun lain.
Katanya, bagi Menteri Besar, antara elaun yang diterima adalah elaun ADUN, Exco, keraian, khas, kediaman, perjalanan, kakitangan dan isi rumah serta lain-lain membabitkan jumlah kira-kira RM17,000.
"Exco pula menerima elaun yang sama yang jumlahnya sekitar RM11,000 manakala Speaker pula hampir RM10,000. Gaji Timbalan Speaker pula sebanyak RM12,500," katanya.
Sidang DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa 1 Januari depan dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.

26 November 2013

DAP Hina Kakitangan Awam Melayu Atas Dasar Rasis?



pijak melayu

Kita amat kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menggunakan perkataan ‘kucing kurap’ bagi merujuk kepada penjawat awam di Pulau Pinang mencerminkan keperibadian pembangkang yang angkuh. Dari dulu hingga kini DAP tidak pernah berhenti menghina bangsa Melayu yang merupakan penduduk asal Malaysia. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa  bangsa Cina wujud di Tanah Melayu atas dasar dibawa oleh British untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah.

Hanya kerana ketamakkan kuasa dan keangkuhan dari segi ekonomi mereka merasakan bahawa mereka mampu “mengusir” bangsa Melayu dari Tanah Tumpah sendiri. Persoalannya  ke mana harus mereka “usir” bangsa Melayu.  Sekiranya bangsa India boleh disuruh balik India, bangsa Cina balik Cina namun bangsa Melayu pula inilah tanah tumpah darahnya.

Maka agenda menjadikan bangsa Melayu sebagai “hamba” di tanah tumpah nenek moyang pun bermula.  Oleh kerana terlalu tebal perasaan benci terhadap Melayu telah disemai berpuluh tahun lamanya maka mereka dengan mudah secara sengaja dan tidak sengaja menghina apa sahaja yang berkaitan dengan bangsa Melayu.

Sepatutnya  sebagai wakil rakyat, Jeff Ooi tidak seharusnya menghina mana-mana penjawat awam walau apa pangkat sekali pun. Tindakan Jeff Ooi itu  mencerminkan sifat sebenar pembangkang yang memandang rendah kepada golongan yang tidak memberi sebarang kepentingan kepada mereka. Beliau sepatutnya  menghormati pengundi yang memilihnya menjadi wakil rakyat, tidak kira dari serendah-rendah pangkat sehingga kepada orang yang berpangkat besar. Oleh itu sewajarnyalah beliau perlu memohon maaf kerana menghina penjawat awam yang menjalankan tugas dengan dedikasi.

Sebelum ini  juga seorang pemimpin DAP pernah mengeluarkan kenyataan yang berbentuk penghinaan  bahawa kaki tangan awam banyak makan rasuah kerana ramai orang Melayu. Rasuah  tiada kaitan dengan mana-mana bangsa atau agama. Rasuah adalah penyakit umat akhir zaman. Rasuah adalah satu penyakit dan ia harus diperangi. Rasuah juga  wajar digelar sebagai najis seperti mana kerajaan pernah menganggap dadah sebagai najis. Sepatutnya DAP wajar menjalankan kempen agar bangsa Cina yang terdiri dari golongan saudagar, peniaga dan berada tidak memberikan rasuah. Merekalah antara  adalah punca rasuah yang sebenarnya.

Tambahan pula  seorang pemimpin kanan DAP pernah  berkata, DAP akan merombak semula kakitangan awam kerana ramai sangat orang Melayu. Diikuti pula dengan kenyataan kakitangan awam banyak makan rasuah puncanya juga sebab ramai sangat orang Melayu. Majoriti besar kakitangan awam telah menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sempurna. Oleh itu tindakan menuduh kakitangan awam sebagai banyak makan rasuah adalah perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan kerana ia menjatuhkan maruah kakitangan awam, keluarga mereka dan bangsa,

Ketua Publisiti DAP Tony Pua  pula tetap  mempertahankan kenyataannya merujuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai “anjing Umno” apabila berkata beliau “hanya memperkatakan apa yang benar”.  Kakitangan ROS  majoritinya merupakan orang Melayu. Maka DAP sememangnya tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan menghina  mereka.

DAP memang tahu bahawa mereka tidak boleh menipu UMNO sebagaimana yang mereka lakukan terhadap PKR dan PAS yang sentiasa tunduk dan sujud terhadap “tokong” DAP. Perjuangan UMNO yang tegar membela dan mempertahankan agama Islam , bangsa Melayu dan tanahair amat dibenci mereka. Manakala PAS dan PKR yang terlalu banyak memperjuangkan dendam peribadi dan ketamakan serta ketaksuban kuasa lebih mudah dimanipulasikan oleh mereka.  Demi mengukuhkan perpaduan Islam dan Melayu maka sepatutnya PAS dan PKR menolak DAP dari kamus perjuangan mereka.

SUMBER

15 November 2013

Haron Din gesa pemimpin yang bacul tegur rakan PR disisihkan dari terajui parti.

Perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS diingatkan agar memilih calon yang benar-benar berwibawa serta berintegriti selain berani bersuara 'menegur' komponen Pakatan Rakyat sekiranya dikritik menjelang pemilihan parti 22 November ini.

Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, pemimpin yang dipilih juga harus disenangi rakyat kerana parti itu akan menghadapi cabaran getir terutamanya daripada seteru politiknya.

Tegas beliau, PAS memerlukan pemimpin berwibawa untuk membina semula kekuatan parti dengan mendapatkan sokongan pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Oleh itu saya mengharapkan kepimpinan baru yang patut dilihat kesemua perwakilan PAS adalah perlunya satu barisan kepimpinan pusat yang terdiri daripada presiden sehingga keseluruhan anggota yang boleh menangani dan mendepani persoalan-persoalan besar yang timbul terutama sekali oleh parti komponen.

"(Kepimpinan baru) kena berani, boleh buat keputusan, boleh menegur tapi asas yang besar selama-lamamya PAS mesti berada dalam keadaan diterima dalam kesemua lapisan masyarakat bukan sekelompok orang yang kecil sahaja.

"...mesti didokong oleh kesemua bangsa, apa cara pun masih banyak ruang yang boleh kita fikir. Soal Pakatan saya bersetuju dengan dasar Pakatan," katanya dalam temubual eksklusif di kediamannya di Bandar Baru Bangi.

Haron menambah sebagai gabungan dalam sebuah organisasi adalah tidak wajar apabila anggotanya mengkritik pihak yang lain secara terbuka melalui media termasuk dalam konteks Pakatan yang turut dianggotai PKR dan DAP.

Tegas ulama PAS ini, perkara tersebut akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan anggotanya yang akhir memberi kesan negatif terhadap kerjasama yang dijalinkan itu.

"Kalau sekiranya semakin hari semakin timbul keresahan pemimpin dan pengikut dengan adanya kritikan-kritikan dalaman terutamanya sekali bila parti A kritik parti B yang merupakan komponen secara terbuka dan umum.

"Kemudian parti B kritik parti C secara terbuka dan umum, itu adalah satu tindakan yang kurang sihat," katanya.

Justeru beliau menasihatkan agar perkara tersebut dihentikan dan segala masalah yang timbul harus diselesaikan secara dalaman dan bukan dihebahkan kepada pihak luar.

"Saya menyeru hal seperti ini hendaklah dihentikan dan diselesaikan secara dalaman, maksud saya apa yang tak puas hati dalam perjuangan bersama ini bukan akhbar (media) tempat meluahkan pandangan tapi dalam perjumpaan dalaman atau meja rundingan.

"Itu tempatnya untuk berhempas-pulas membuat keputusan, kalau tak boleh bekerjasama itu juga tempat buat keputusan," katanya.  SUMBER