Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

21 September 2011

Kes Liwat Anwar Ibrahim : Pakar asing mengaku mungkin silap


Anwar Ibrahim sudah hampir di 'checkmate'kan..Tembelang dan kebenaran sudah semakin terselah..

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Selepas tiga hari mempertikaikan kaedah dan hasil ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan oleh salah seorang ahli kimia tempatan, hari ini, pakar DNA luar negara yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengakui kemungkinan berlakunya kesilapan dalam keterangannya.

Pada ketika ini, isteri Ketua Pembangkang itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan penyokong mereka di galeri awam Mahkamah Tinggi di sini yang pada mulanya sering mentertawakan soalan-soalan yang diajukan oleh pihak pendakwaan dilihat terdiam apabila ‘pengakuan’ tersebut dibuat.

Karektor perunding Molecular Genetic System, Australia, Dr. Brian McDonald (gambar) yang sebelum ini kelihatan begitu tegas dan bersungguh-sungguh mempertahankan kenyataannya tiba-tiba berubah apabila mempertikaikan soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berhubung kejujurannya dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak relevan’.

Terdahulu, sebelum ‘pengakuan’ tersebut dibuat, McDonald dengan yakin memaklumkan bahawa melalui pemahamannya, Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong telah melakukan ujian Acid Phosphatase (AP) ke atas calitan-calitan putik kapas yang diambil dari dubur dan rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta mengandungi sampel DNA.

Ujian AP merupakan ujian yang dibuat bagi mengenal pasti jumlah air mani yang terdapat pada sesuatu sampel.( KLIK )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan