Matkelubi: elok juga puteri umno wat laporan secara rasmi kepada pihak polis..dalam keghairahan orang ramai bercerita pasal mat sabu seolah-olah untuk menutup kes anwar ibrahim..kita kena pastikan kes anwar ibrahim ini tidak disenyapkan untuk tatapan umum.
SUNGAI PETANI 6 Sept. - Pergerakan Puteri UMNO hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta menyiasat laporan palsu yang dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhubung isu video seks pada Mac lalu.
Puteri UMNO turut meminta Jabatan Peguam Negara menjalankan pendakwaan terhadap wakil rakyat itu kerana jelas mengemukakan suatu laporan polis tidak benar.
Laporan dibuat oleh Naib Ketua pergerakan itu, Shahanim Mohd. Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.
Shahanim berkata, pihaknya memohon polis bertindak terhadap Anwar kerana mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan palsu di IPD Dang Wangi pada 22 Mac lalu.
"Kita memandang serius laporan palsu oleh beliau di IPD Dang Wangi pada Mac lalu berhubung video seks. Ini kerana seperti yang diketahui umum, Anwar tidak pernah mengemukakan laporan dakwaan fitnah terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengatakan video itu tidak benar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Shahanim, Peguam Negara juga perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar yang melakukan kesalahan jenayah.
Beliau turut memberikan contoh dalam kes Abdullah Ambek (Criminal Trial No. 13, 1983) yang didakwa ke mahkamah dan dijatuhi hukuman selepas didapati bersalah membuat laporan palsu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan