Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

07 Oktober 2011

HUDUD : Bukan Halangan UMNO..Kerajaan PAS Kelantan Tidak Serius


"Selama ini, kita fikirkan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari perbincangan wacana tadi nampaknya tidak banyak halangan untuk kita laksanakan hudud.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub ketika ditemui selepas program berkata, kerajaan negeri akur dengan saranan yang diberi dan akan mula mengambil langkah lebih serius ke arah pelaksanaan hukum hudud.

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.


cerita penuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan