matkelubi; ini baru betul 1Malaysia..sepatutnya dari dulu lagi tak perlu ada banyak aliran sekolah ni.
Sistem sekolah pelbagai aliran yang berdasarkan sesuatu bangsa dan bahasa perlu dimansuhkan serta-merta dan diganti dengan satu sistem sekolah untuk semua.
Ini kerana kata Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru), sistem persekolahan peninggalan penjajah itu telah melahirkan generasi baru yang rasis dan hanya memikirkan kepentingan kaum masing-masing.
"Salah satu punca kelahiran individu yang biadap lagi kurang ajar seperti Namewee (Wee Meng Chee) ialah pendidikan awal yang sungguh rasis dan terasing dari dunia sebenar bumi Malaysia.
"Saya pasti Namewee tidak akan bertindak sebegitu liar dan memaki-hamun seorang wanita dalam klip video terbarunya jika beliau diasuh secara betul dalam persekitaran yang majmuk," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan