Pengikut
wajib tolak
18 Oktober 2013
11 Oktober 2013
Haji Hadi Sarankan "Bersilat" Untuk lawan penjenayah
PENULIS mengusap dada bila baca saranan Presiden PAS, Hadi Awang yang menyarankan polis supaya bersilat bila berhadapan dengan penjenayah yang bersenjatakan parang.
Again, ini cadangan datang bukan dari orang yang pernah terlibat dengan bidang kepolisian, tapi jenis yang bela perut 24 jam supaya sentiasa kembang, senang para bini nak usap-usap sebelum lelap.
Lepas itu senang hati nak ajar polis macam mana nak buat kerja?
Penulis fahamlah, dia nak sindir polislah tu, yang kebelakangan ini makin cemerlang dalam menjalankan tugas, lepas 3 semalam, 3 lagi penjenayah tumbang di tangan senjata pihak polis. Kalau PKR dan PAS hentam polis sebab ada kepentingan kewangan, PAS pulak terbabit sebab dia jenis pak turut, orang hentam, dia hentam, apa bendanya, ntah.
Sebab itu menyindir pun nampak bodoh juga.
Bagi malu dengan anak cucu berzaman-zaman. Nanti sampai berapa keturunan orang kenang, ”datuk kaulah dulu yang bagi cadangan polis bersilat dengan penjenayah pakai parang?”. Mana anak cucu nak letak muka?
CERITA PENUH
10 Oktober 2013
Tony "Anjing Setia" Pua Di Belasah Akhramsyah Calon No. 3 Ketua Pemuda UMNO
KENYATAAN AKHBAR
Tarikh : 10 Oktober 2013 Masa : 9.00 pagi Tempat : Sunway Hotel, Seberang Perai, Pulau Pinang
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Terima kasih di atas kesudian rakan-rakan media untuk hadir ke sidang media hari ini.
Sidang media ini diadakan dengan tujuan untuk menyatakan pendirian saya
mengenai isu penghinaan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua ke atas Pendaftar
Pertubuhan (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia.
Anjing Yang Setia
Tony Pua mungkin tersilap merujuk gelaran "anjing" kepada ROS dan akhbar
Utusan Malaysia itu, yang sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri
kerana beliau dilihat begitu setia dan konsisten ‘menyalak' demi
mempertahankan tuannya dalam parti DAP.
Sebagai graduan salah sebuah universiti tersohor di dunia, adalah agak
meragukan sekiranya Tony Pua tidak faham punca sebenar (root cause)
tentang isu pemilihan CEC berbanding dengan pemikiran seekor anjing.
Untuk makluman semua, yang buat pemilihan CEC adalah parti DAP, yang
tidak menghantar surat jemputan kepada perwakilan adalah di kalangan
pengurusan tertinggi DAP, yang tidak tahu menggunakan perisian Microsoft
Excel adalah juga di kalangan pengurusan DAP dan yang paling penting
aduan yang dibuat kepada ROS adalah dari kalangan ahli-ahli DAP
sendiri.
Justeru itu, mengelarkan ROS dan Utusan Malaysia sebagai ‘anjing' UMNO
dan mengaitkan ketiga-tiganya adalah satu perbuatan yang bertentangan
dengan logik akal manusia. Ini berbeza dengan tabiat dan pemikiran
seekor anjing yang pasti akan menyalak setiap kali tetamu datang ke
rumah tuannya, walaupun sebenarnya tetamu tersebut adalah daripada
kalangan saudara terdekat tuannya.
Perlu diingat UMNO dahulu pun pernah diharamkan ROS pada tahun 1988. Ini
menunjukkan kewibawaan dan profesionalisma ROS dalam menjalankan
tugasnya memantau pertubuhan-pertubuhan termasuk DAP juga.
("Maybe Oxford grads are just good to be barking dogs", which I believe it is not true)
Kesimpulan
Saya secara peribadi serta mewakili rakan-rakan Pergerakan Pemuda UMNO
dari seluruh pelusuk tanahair ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pihak ROS yang telah menjalankan tugas mereka berdasarkan
aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP. Ini menunjukkan bahawa
walaupun sebagai agensi kerajaan di bawah pentadbiran parti Barisan
Nasional yang ditunjangi UMNO, ROS tidak memilih bulu dalam melaksanakan
tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka walaupun
aduan-aduan tersebut dibuat oleh ahli-ahli parti pembangkang sekaligus
menunjukkan ketelusan, kepercayaan dan kebergantungan rakyat kepada
agensi kerajaan yang selama ini dilabelkan dengan pelbagai persepsi
negatif.
Kami juga ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada akhbar
Utusan Malaysia yang berterusan melaksanakan tanggungjawab sosialnya
dalam membawa suara akar umbi ahli DAP yang mahukan satu proses
pemilihan parti DAP dijalankan secara telus, walaupun selama ini Utusan
Malaysia seringkali dikaitkan sebagai milik parti UMNO dan hanya membawa
suara orang Melayu sehingga dituduh sebagai akhbar bersifat rasis. Kini
terbukti tuduhan tersebut tidak benar kerana Utusan juga menjadi
penyambung lidah dan keluh kesah ahli-ahli akar umbi DAP yang
majoritinya bukan Melayu.
Sebagai seorang ahli UMNO, sebuah parti yang meletakkan kesucian agama
Islam sebagai salah satu asas penting dalam penubuhan dan
perlembagaannya, saya mendesak Tony Pua memohon maaf secara terbuka
kepada seluruh ahli UMNO, kakitangan ROS dan kakitangan Utusan Malaysia
di atas tindakannya yang begitu biadap dan celupar sehingga melangkaui
batas serta nilai-nilai murni kehidupan masyarakat yang selama ini hidup
harmoni dan memahami serta menghormati pegangan agama masing-masing
serta sensitiviti antara pelbagai kaum.
AKHIR SEKALI, SAYA INGIN MENGESYORKAN AGAR SETIAUSAHA AGUNG DAP, DATUK
LIM GUAN ENG, MELETAK JAWATAN ATAS KEGAGALANNYA MENTADBIR DAP
SEHINGGAKAN MENGAKIBATKAN DAP KINI DI AMBANG PEMBATALAN PENDAFTARANNYA.
MUNGKIN TUGAS DATUK LIM SEBAGAI KETUA MENTERI PULAU PINANG TERLALU BERAT
UNTUK DIPIKUL BERSAMA DENGAN TUGAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI DAP,
WALLAHUALAM PUNCA KEGAGALANNYA, TETAPI JANGANLAH BIARKAN PEMIMPIN PARTI
DAP LAIN MENJADI MANGSA SEMATA-MATA UNTUK MENUTUP KECACATAN PERLAKSANAAN
TANGGUNGJAWAB DATUK LIM SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG DAP.
"Demi Agama, Bangsa dan Tanahair"
Yang Ikhlas,
AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH BIN SANUSI
07 Oktober 2013
EKSKLUSIF !!! PENJELASAN DS @SHABERYC BERKENAAN KONSERT K-POP RM1.6 JUTA DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!
PUTRAJAYA 22 Mei 2012 - Kementerian Belia dan Sukan menerima
tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia
Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga
27 Mei depan.Menterinya,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata,berdasarkan jumlah itu,sumbangan syarikat swasta pada sambutan
Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan
kerajaan.
“Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih
kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta.Ini adalah
reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan
belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.Tahun lalu kita
terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala tahun
ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin
meningkat,” katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada
Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia
kepada KBS.
- Sinar Harian
Inilah wang tajaan yang diperolehi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi
menjayakan Hari Belia Negara 2012.Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun
MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara.Dakwaan pihak AG
Audit yang menyatakan KBS membayar KPOP pada Hari Belia Negara dengan
jumlah RM 1 juta 600 ribu adalah benar kerana ianya adalah dari wang
tajaan.Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang
Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak
dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang
yang keluar dari akaun KBS.
RM 20 Juta Wang Tajaan bagi menjayakan Hari Belia Negara dan ianya
terbukti bahawa tidak ada Wang Rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan
pihak Pakatan Pembangkang yang hanya mengikut rumusan pendek laporan
Pihak Audit Negara.Moga Rakyat celik mata dengan pekara ini,kita juga
tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan Audit negara tentang
pembelian mesin Scanner beharga RM14 Ribu seunit.Tetapi dalam isu
Kementerian Belia dan Sukan ianya tidak pembaziran Wang Rakyat sebaiknya
adalah Wang Tajaan dari syarikat Koporat dalam dan luar negara yang
mengambil bahagian pada Hari Belia Negara.
04 Oktober 2013
Zairil Khir Johari b. Abdullah Is A Chinese, Not Malay
SUMBER
APA HAL PULAK @AmenoWorld NIe.......
Sikap ini dipanggil takiyyah (munafik, berbohong) dan diamalkan penganut
Syiah untuk melindungi diri dan membolehkan mereka terus mengamal dan
menyebar pengaruh dalam kalangan umat Islam di negara ini, yang
majoritinya beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Bila ditanya minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan
menjawab kerana anggap soalan itu perangkap media, manakala Naib
Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula beri jawapan bodoh.
Namun, tidak sukar untuk kita mengenali siapa antara pemimpin tinggi PAS
yang dipercayai penganut Syiah. Menurut ramai guru pondok dan pengikut
PAS sendiri, ia berdasarkan pengucapan, amalan dan tindakan individu
berkenaan. Beliau sering mengagung-agungkan pemimpin Syiah seperti
Hassan Nasrullah, Sheikh Ahmad Yasin dan gerakan seperti Hizbullah dan
rejim Bashar al-Assad.
Juga Hassan al-Banna, Kalim Siddiqui, Ali Shariati dan Fathi Yakan.
Selain melawat Lubnan, Iran, Iraq dan Syria, individu ini juga sering
mengagung-agungkan kejayaan Iran dan membela Syiah dalam ceramahnya.
Kata mereka, hakikat individu ini menjadi pemimpin tinggi PAS juga
disebabkan sokongan golongan Syiah dalam PAS.
Dalam satu wawancara pada Jun 2011, pemimpin ini akui kagum dengan
gerakan dan kejayaan Revolusi Ayatollah Khomeini ketika menyertai PAS
sekitar 1978-1979. Beliau juga akui mempelajari falsafah, cara dan
mendalami semangat beberapa pemimpin politik yang beliau sanjungi tanpa
sedar mereka adalah Syiah.
Pemimpin Syiah dalam PAS adalah mereka yang menolak penyatuan dengan
UMNO yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka dikatakan mula
bergerak sejak 1980-an, apabila mengikuti lawatan tajaan ke Iran dan
Pakistan. Pada 1987, seramai 300 penganut Syiah berkumpul di Kota Bharu
atas nama seminar haji. Dewan seminar penuh dengan gambar dan risalah
Khomeini. Ini segera diikuti satu lagi seminar di Dewan Bahasa dan
Pustaka, yang mana antara resolusi yang diluluskan ialah menzahirkan
ketaatan kepada pemimpin revolusi Iran itu selain menggesa Haramain
ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa.
Mulai 1987, buku Syiah dan pelbagai risalah yang memuat ucapan Khomeini
tersebar luas. Dalam memperingati Hari Quds Antarabangsa, perutusan
Khomeini disampaikan yang mempertahan akidah Syiah.
Kini, ajaran Syiah mudah diakses melalui internet. Lagu dan hujah
pemimpin Syiah boleh diikuti di YouTube. Bilangan pengikut Syiah di
Malaysia hari ini dianggarkan ratusan ribu orang, termasuk pensyarah
universiti. Walaupun pihak kerajaan masih mencari bukti pengaruh Syiah
di institusi pengajian tinggi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
adalah antara IPTA yang mempunyai sel Syiah yang aktif.
Fahaman Syiah diasaskan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’aa,
Yaman yang pergi ke Madinah ketika pemerintahan Saidina Uthman RA.
Beliau berpura-pura masuk Islam dan berlagak alim untuk menyebar dakyah
bahawa Saidina Ali adalah pengganti Nabi Muhammad SAW, menuduh semua
sahabat Rasulullah adalah murtad, isteri Baginda, Aisyah seorang penzina
dan pelacur, manakala Imam Syafie, Hanafi dan Maliki adalah kafir.
Menurut Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi,
pengikut Syiah anggap Saidina Ali lebih mulia daripada Rasulullah dan
kononnya Malaikat Jibril sepatutnya hantar wahyu kepadanya, bukan Nabi
Muhammad. Bagi mereka, al-Quran boleh diubah, dan periwayat hadis
seperti Abu Hurairah dan Amru bin Asy adalah pembohong. Mereka anggap
solat Jumaat tidak fardu, manakala amalan meratap dan memukul badan
sehingga berdarah tanda kesyahidan Saidina Husin adalah sebahagian
penyelewengan akidah mereka.
Yang menarik ialah kahwin mutaah, yang boleh dilakukan dengan sesiapa,
hatta untuk beberapa jam dengan sedikit bayaran dan tiada had berapa
orang. Ulama Syiah bernama Yusuf Sani’ie mengulas sebahagian bab akad
dan nikah dalam Kitab Tahrir Wasilah karangan Khomeini seperti berikut:
“Boleh menggauli isteri dari dubur dengan syarat mendapat keredaannya.
Bermesra-mesra dengan cara meraba isteri yang belum mencapai umur
sembilan tahun (termasuk yang masih menyusu) dengan syahwat atau
memeluknya atau ‘bermain-main’ dengan pahanya, adalah harus.” Bagi kita,
ini adalah perbuatan keji, mungkar dan zalim.
02 Oktober 2013
Konspirasi Nam Tien (Cina) Hapuskan Kuasa Melayu?
Oleh A. Sufian
Penulis berkesempatan untuk mengikuti satu simposium yang bertajuk “Mendepani Agenda Asing: Melayu Dalam Krisis Kepimpinan” yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Putrajaya pada 28 September yang lalu.
Pelbagai perkara telah dibincangkan di dalam siposium tersebut melalui sesi dialog bersama tokoh-tokoh ilmuan, ekonomi dan sejarah Melayu. Namun begitu apa yang begitu menarik perhatian penulis adalah sesi dialog pertama yang diterajui oleh Puan Zaharah Sulaiman seorang penulis dan pengkaji sejarah dari Persatuan Arkeologi Malaysia.
Tajuk yang dibawakan oleh Puan Zaharah Sulaiman adalah “Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien”. Penulis agak terkejut dengan beberapa pendedahan yang telah dibuat oleh Puan Zaharah. Namun begitu setelah penulis kembali ke rumah dan membuat sedikit kajian sendiri, penulis dapati bahawa apa yang dikatakan oleh ahli Persatuan Arkeologi Malaysia itu sememangnya benar.
Menurut kajian yang telah dilakukan, sejarah bangsa Melayu tidak bermula dengan pembukaan Melaka oleh Parameswara. Orang Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara beribu-ribu tahun lagi awal daripada pembukaan Melaka. Kerajaan-kerajaan kuno yang diwar-warkan sebagai permulaan sejarah Melayu seperti Kerajaan Kedah Tua dan Empayar Melaka adalah kerajaan yang moden jika dibandingkan dengan permulaan bangsa Melayu.
Sejarah telah membuktikan bangsa Melayu menjadi tumpuan dunia kerana keupayaan tanah-tanah di Nusantara yang menghasilkan emas yang banyak. Oleh itu ia menjadi impian semua empayar kuno untuk menakluki Nusantara yang penduduk asalnya adalah orang-orang Melayu. Dikatakan pada ketika itu takrifan kawasan Nusantara adalah sebegitu besar. Lingkungan Alam Melayu dari timur ke barat bermula dari Pulau Easter, Hawaii dan Madagascar. Dari Utara ke Selatan pula ia bermula dari Pulau Farmosa, Filipina Champa, Funan, Siam Malaysia, Indonesia, Pulau-Pulau kecil di Pasifik dan juga New Zealand. Hakikatnya pada ketika itu, semakin jauh ke Selatan Nusantara, semakin kuat sesuatu kerajaan Melayu di awal sejarahnya.
Namun begitu, dek terlalu kaya dengan hasil bumi yang mewah, ditambah pula dengan kecekapan pemerintah-pemerintah Melayu dalam menguruskan sumber, kekayaan orang Melayu amat dicemburui oleh empayar besar dunia. Ini termasuk Negeri Cina. Kegiatan emas dan bijih-bijih berharga dari perut bumi Melayu telah mengundang kedatangan bangsa-bangsa asing.
Bermula dengan pencerobohan dan rompakan emas Kerajaan Melayu Champa oleh seorang Gabenor dari Cina yang bernama Tan Henzhi. Satu gerakan seolah-olah dilaksanakan untuk menawan keseluruhan Tanah Nusantara yang menjadi pusat pemerintahan orang Melayu. Gerakan ini dinamakan sebagai Nam Tien atau dalam bahasa Melayu “Gerakan ke Selatan”. Gerakan ini diusahakan oleh golongan penakluk, untuk mengepung dan menolak orang Melayu hingga ke ‘penghujung dunia’.
Berikutan dari ledakan penambahan orang Cina di Thailand, Kemboja dan Vietnam sehingga mereka menubuhkan bangsa keturunan mereka sendiri yang digelarkan sebagai Dai Viet telah menyebabkan orang Melayu semakin dipinggir di negeri sendiri. Kini mereka berevolusi menjadi bangsa Khmer (Kemboja), Thai (Siam) dan Hmong, Mong dan Miao (Vietnam). Walaupun kini mereka memanggil diri mereka sebagai orang Thai, Kemboja atau Vietnam, mereka masih lagi berpegang teguh dengan ideologi asal kedatangan mereka ke Nusantara. Mereka terus berusaha hingga sekarang agar orang Melayu pupus dari muka bumi dan mereka berjaya menakluki Nusantara.
Nampaknya bukan bangsa Cina sahaja yang benar-benar ingin menakluki Nusantara, ini kerana bangsa-bangsa hibrid dari keturunan Cina juga terus berusaha untuk menolak dan menghancurkan kekuasaan orang Melayu. Kerajaan Melayu jatuh merudum apabila sedikit demi sedikit tanah mereka diambil oleh kaum lain.
Contoh yang paling dekat adalah penyewaan Pulau Pinang oleh kerajaan Kedah. British menipu Sultan Kedah lantas memberi peluang untuk orang Thai menakluk dan menjarah Kota Alor Setar pada tahun 1821 sehinggalah pada tahun 1842. Pada ketika Kesultanan Melayu (Selangor, Kelantan dan Pahang) ingin membantu Kedah, British mengeluarkan askar-askar mereka untuk mengepung Kedah dari menerima apa-apa bantuan.
Ini membuktikan, tiada satu bangsa lain pun yang akan menyelamatkan bangsa Melayu kecuali bangsa Melayu itu sendiri. Sedihnya lama kelamaan penduduk bumi Melayu semakin tersepit dan sungguhpun telah merdeka secara fizikal, sejarah Melayu telah diputar belitkan agar anak-anak Melayu tidak tahu akan kehebatan bangsa mereka sendiri.
1511 merupakan titik tolak kerajaan Melayu menjadi terlalu lemah apabila dikalahkan oleh Portugis dengan mudah. Namun begitu, umat Islam di Malaysia masih boleh berbangga kerana walaupun dijajah oleh pemerintah Kristian dan agama lain, umat Islam pada zaman dahulu menolak langsung apa jua peluang untuk di murtadkan oleh pemerintah baru mereka. Jika penjajah berjaya pada waktu itu untuk menyebarkan Gospel mereka, Malaysia akan jadi tidak ubah seperti negara Filipina yang pada dahulunya adalah sebuah negara Islam. Kini Filipina diterajui oleh orang Kristian yang telah didoktrinasikan untuk mengagungkan dunia Barat.
Kejatuhan Empayar Melayu Champa, Kerajaan Melayu Maylina, Kerajaan Melayu Tondo (Selatan Filipina) dan Kerajaan Melayu Lamayan (Utara Filipina) harus kita kenangi. Ini kerana mereka telah tumbang disebabkan oleh kerakusan bangsa asing yang sentiasa tidak kenyang sungguhpun telah meratah tanah Nusantara ini.
Kini gerakan Nam Tien seolah-olah muncul kembali untuk menghantui orang Melayu. Dalam bentuk penjajahan moden yang diberikan pelbagai nama. Panggilah ia demokrasi, liberalisasi, reformasi, ataupun apa pun ideologi yang diracun di dalam minda orang Melayu, natijahnya jelas. Ianya hanyalah untuk melemahkan pemikiran bangsa Melayu itu sendiri. Tuntasnya peperangan ideologi dan persepsi akan menjunamkan orang Melayu sekali lagi kedalam karung penjajahan.
Biarlah kejatuhan kerajaan Melayu pada zaman dahulu dijadikan contoh dan peringatan kepada semua orang Melayu akan kengerian yang menanti mereka sekiranya bangsa Melayu jatuh dari tampuk pemerintahan. Dan jangan sekali pun orang Melayu melupakan akan kejahatan yang ingin merampas hak warisan anak bangsa Melayu di Malaysia sejak dari beratus tahun dahulu hinggalah sekarang.
SUMBER
Langgan:
Catatan (Atom)



