Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

04 Oktober 2013

APA HAL PULAK @AmenoWorld NIe.......

Selembab-lembab AmenoWorld akhirnya faham juga akhbar rasmi PAS, Harakah sememangnya tido sebantal dengan agama Syiah Sesat. Tiada apa yang perlu dihairankan akan hal ini. Sememangnya telah lama Harakah mempromosi Syiah tetapi itupun dinafikan oleh pemimpin mereka yang buta hati dan buta aqidah.
Sikap ini dipanggil takiyyah (munafik, berbohong) dan diamalkan penganut Syiah untuk melindungi diri dan membolehkan mereka terus mengamal dan menyebar pengaruh dalam kalangan umat Islam di negara ini, yang majoritinya beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Bila ditanya minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan menjawab kerana anggap soalan itu perangkap media, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula beri jawapan bodoh. 
Namun, tidak sukar untuk kita mengenali siapa antara pemimpin tinggi PAS yang dipercayai penganut Syiah. Menurut ramai guru pondok dan pengikut PAS sendiri, ia berdasarkan pengucapan, amalan dan tindakan individu berkenaan. Beliau sering mengagung-agungkan pemimpin Syiah seperti Hassan Nasrullah, Sheikh Ahmad Yasin dan gerakan seperti Hizbullah dan rejim Bashar al-Assad. 
Juga Hassan al-Banna, Kalim Siddiqui, Ali Shariati dan Fathi Yakan. Selain melawat Lubnan, Iran, Iraq dan Syria, individu ini juga sering mengagung-agungkan kejayaan Iran dan membela Syiah dalam ceramahnya. Kata mereka, hakikat individu ini menjadi pemimpin tinggi PAS juga disebabkan sokongan golongan Syiah dalam PAS. 
Dalam satu wawancara pada Jun 2011, pemimpin ini akui kagum dengan gerakan dan kejayaan Revolusi Ayatollah Khomeini ketika menyertai PAS sekitar 1978-1979. Beliau juga akui mempelajari falsafah, cara dan mendalami semangat beberapa pemimpin politik yang beliau sanjungi tanpa sedar mereka adalah Syiah.
Pemimpin Syiah dalam PAS adalah mereka yang menolak penyatuan dengan UMNO yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka dikatakan mula bergerak sejak 1980-an, apabila mengikuti lawatan tajaan ke Iran dan Pakistan. Pada 1987, seramai 300 penganut Syiah berkumpul di Kota Bharu atas nama seminar haji. Dewan seminar penuh dengan gambar dan risalah Khomeini. Ini segera diikuti satu lagi seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang mana antara resolusi yang diluluskan ialah menzahirkan ketaatan kepada pemimpin revolusi Iran itu selain menggesa Haramain ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa. 
Mulai 1987, buku Syiah dan pelbagai risalah yang memuat ucapan Khomeini tersebar luas. Dalam memperingati Hari Quds Antarabangsa, perutusan Khomeini disampaikan yang mempertahan akidah Syiah. 
Kini, ajaran Syiah mudah diakses melalui internet. Lagu dan hujah pemimpin Syiah boleh diikuti di YouTube. Bilangan pengikut Syiah di Malaysia hari ini dianggarkan ratusan ribu orang, termasuk pensyarah universiti. Walaupun pihak kerajaan masih mencari bukti pengaruh Syiah di institusi pengajian tinggi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah antara IPTA yang mempunyai sel Syiah yang aktif. 
Fahaman Syiah diasaskan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’aa, Yaman yang pergi ke Madinah ketika pemerintahan Saidina Uthman RA. Beliau berpura-pura masuk Islam dan berlagak alim untuk menyebar dakyah bahawa Saidina Ali adalah pengganti Nabi Muhammad SAW, menuduh semua sahabat Rasulullah adalah murtad, isteri Baginda, Aisyah seorang penzina dan pelacur, manakala Imam Syafie, Hanafi dan Maliki adalah kafir.
Menurut Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi, pengikut Syiah anggap Saidina Ali lebih mulia daripada Rasulullah dan kononnya Malaikat Jibril sepatutnya hantar wahyu kepadanya, bukan Nabi Muhammad. Bagi mereka, al-Quran boleh diubah, dan periwayat hadis seperti Abu Hurairah dan Amru bin Asy adalah pembohong. Mereka anggap solat Jumaat tidak fardu, manakala amalan meratap dan memukul badan sehingga berdarah tanda kesyahidan Saidina Husin adalah sebahagian penyelewengan akidah mereka.
Yang menarik ialah kahwin mutaah, yang boleh dilakukan dengan sesiapa, hatta untuk beberapa jam dengan sedikit bayaran dan tiada had berapa orang. Ulama Syiah bernama Yusuf Sani’ie mengulas sebahagian bab akad dan nikah dalam Kitab Tahrir Wasilah karangan Khomeini seperti berikut: “Boleh menggauli isteri dari dubur dengan syarat mendapat keredaannya. Bermesra-mesra dengan cara meraba isteri yang belum mencapai umur sembilan tahun (termasuk yang masih menyusu) dengan syahwat atau memeluknya atau ‘bermain-main’ dengan pahanya, adalah harus.” Bagi kita, ini adalah perbuatan keji, mungkar dan zalim.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan