Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

17 Ogos 2009

H1N1 kini tahap tenat

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain. [ berita penuh ]


Mat Kelubi kata ;

Pertama sekali MK nak ucap takziah pada keluarga yang terlibat dengan H1N1 / selesema babi ni. sesungguhnya mereka diletakkan di antara mereka2 yang beriman. dulu kita gempar ngan selesema burung la ni selesema babi pulak. dulu kita pakat bunuh semua burung2 ayam2 yang ada sbb takut berjangkit tapi la ni tak dengar pulak lagi nak bunuh babi2 yang ada ni . yang MK dengar nak wat kandang babi baru adalah la.
ni yang wat MK pelik ni nape tak dibunuh babi2 yang sedia ada ni. baru la MK paham nape la orang marah sangat bila ada orang nak wat kandang babi rupa2nya diaorang ni dah dapat jangka penyakit yang babi2 ni bawak selain bau nya yg busuk .
MK tau semua ni bukan terletak pada tanggungjawab kerajaan je tapi rakyat kena ambil peranan juga. jaga la kebersihan diri selalu la cuci tangan tu dengan ubat pebasmi kuman.
kalau ada demam n selesema tu cepat2 la pi jumpa doktor. elakkan la bercampur dengan orang ramai pakai la topeng mulut klu dah terpaksa sangat. n yang paling penting sekali MK nak ingatkan kepada mereka yang diarahkan kuarantin patuhi la arahan tu jgn nak mengatal keluar2 pulak jumpa ngan orang lain. mencegah lebih baik dari mengubat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan