Pengikut
wajib tolak
02 September 2009
ADUN Kota Seputeh kekal
PUTRAJAYA 1 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif pada 19 April dan 9 Ogos lalu bukan dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Sebaliknya, ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza dengan tempoh masa antara kedua-duanya selama tiga bulan 20 hari.
Perkara itu diputuskan oleh mesyuarat khas SPR setelah meneliti dokumen dan fakta yang dikemukakan kepadanya menerusi kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, dengan ini SPR memutuskan bahawa kerusi N.3 Kota Siputeh masih disandang oleh Abu Hasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu.[ klik ]
Mat Kelubi kata ;
Alhamdulillah umno/bn masih lagi kekal di kerusi Kota Seputeh ni. nampaknya SPR telah menjalankan tugasnya dengan penuh bertanggungjawab tanpa menerima paksaan atau tekanan.
MK ucapkan tahniah n selamat bertugas kepada Adun Kota Seputeh. jaga la rakyat dikawasan YB Dato , serapkan dalam hati gagasan 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. walaupun Kedah ditadbir oleh pembangkang haramjadah tu MK harap YB Dato tetap bersama kepimpinan pusat untuk membela nasib kaum kita bangsa kita agama kita .
MK dah agak dah ni semua mainan politik pembangkang haramjadah tu. sengaja untuk mencipta isu. lepas ni kompom pembangkang akan menggunakan isu ni utk memburuk2kan SPR dan UMNO/BN .
klu korang ingat sekarang ni adun dari pas pun dah lama tak masuk dewan negeri . adun galas katanya sakit berubat kat china. nape speaker negeri kelantan tak hantar surat kekosongan pada SPR. maknanya pembangkang haramjadah ni klu kena batang hidung sendiri takpe jawabnya klu kena pada umno/bn tak boleh tak sah. MK nak tanya sape ke yang amalkan 'double standard' . umno/bn ke pembangkang haramjadah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan