Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

01 September 2009

MB, Rodziah, Khalid perlu bertanggungjawab : Mayuddin

SHAH ALAM – Sebahagian penduduk Seksyen 23 menegaskan tiga individu dalam Kerajaan Negeri wajar bertanggungjawab mencetuskan isu perkauman berhubung tindakan mereka meluluskan pembinaan kuil di Seksyen 23. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23, Ahmad Mahyuddin Manaf berkata, isu perkauman yang tercetus pada hari ini berpunca daripada tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail. “Keadaan ini sebenarnya berpunca daripada mereka (Khalid dan Rodziah) yang memaksa penduduk Islam di Seksyen 23 untuk menerima kuil di situ. “Tindakan mereka yang tidak menghiraukan kepentingan masyarakat di sini menyebabkan penduduk memberontak,” katanya. Kata Mahyuddin, prinsip yang dibawa oleh jawatankuasa itu adalah keamanan dan keharmonian, pihaknya tidak sama sekali berhasrat mencetuskan huru-hara. Sementara itu, timbalan pengerusi jawatankuasa itu, Ibrahim Sabri turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya bertanggungjawab atas apa yang berlaku. “Penduduk Islam di Seksyen 23 tidak akan bertindak mengadakan bantahan sekiranya Kerajaan Negeri tidak mulakan (luluskan pembinaan kuil),” katanya. Katanya, isu perkauman yang timbul adalah disebabkan oleh tindakan jahat kerajaan PR untuk memanipulasi bantahan penduduk terhadap pembinaan kuil berkenaan. Sementara itu, kelmarin beberapa penduduk Seksyen 23 membuat laporan polis berhubung kenyataan beberapa pemimpin politik yang dianggap mengandungi unsur hasutan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan kediaman mereka.

Mat Kelubi kata ;

memang malang untuk penduduk di seksyen 23 ni dapat wakil rakyat n pemimpin mcm ni . ye la nak salahkan sape lg kan dah penduduk sini dulu pangkah bulan sama anak bulan sabit terima je la . MK nak pesan lain kali jgn duk suka sangat dengar ceramah diaorang tu yang suka janji2 perkara manis2 belaka . tengok sekarang pahit la yang korang semua dapat rasa.

yang MK pelik sangat tu wakil rakyat nya orang melayu agama islam lagi tapi yang pi wat kuil tu kat orang melayu tu nape nya. dah buang tebiat nak mampus ke. ni la ajaran yang pas sama pkr bawak nak sesatkan nak hancurkan akidah umat islam kat seksyen 23 khasnya n umat islam malaysia amnya .

mcm ni punya pemimpin ke orang melayu orang islam kena ikut. dah jatuh hukum wajib bagi orang islam untuk tolak pemimpin2 mcm ni . ayuh semua kita bersama dengan kepimpinan umno untuk menjamin untuk menjaga kesucian agama kita bangsa kita maruah kita n negara kita . hidup melayu hidup islam hidup umno hidup 1malaysia .

1 ulasan:

  1. Macam mana nak buat lagi, mulut dia orang sudah penuh atas bawah.......

    BalasPadam