Pengikut
wajib tolak
16 Oktober 2009
Sahut Amanat Presiden UMNO Dan Dekati Rakyat
Mat Kelubi kata ;
UCAPAN dasar sulung Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung UMNO ke-60 semalam seharusnya menyentak minda para perwakilan. Mesej Najib mesti dibawa pulang ke kawasan masing-masing setelah perhimpunan tamat petang ini.
Najib telah menghuraikan beberapa kelemahan yang perlu diperbetulkan. Malah membangkitkan semangat dan keazaman pemimpin-pemimpin UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu. Justeru UMNO perlu menyusun strategi perjuangan yang perlu digembleng oleh ahli-ahli parti.
Selain membangkitkan perlunya usaha mengukuhkan kepercayaan rakyat dan integriti parti, ucapan dasar Presiden UMNO itu turut mengungkap seruan menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum.
UMNO perlu ingat, parti itu tidak akan dapat menubuhkan kerajaan bersama komponen Barisan Nasional lain jika tidak mendapat sokongan daripada segi undi rakyat berbilang kaum dalam pilihan raya.
UMNO perlu dekati dan berikan khidmat bakti menjaga kebajikan rakyat. Jika hari ini UMNO berbudi, satu hari nanti rakyat akan ingat dan rela menyokong kepimpinan parti itu.
Paling penting UMNO perlu terus mendapat sokongan majoriti orang Melayu dan Bumiputera. Jika sokongan itu terus terhakis, maka UMNO tidak akan dihormati baik kawan apatah lagi lawan.
Oleh itu UMNO mesti terus memainkan peranan mewakili suara hati nurani rakyat terbanyak.
Ahli UMNO perlu insaf akan hakikat ini. Ahli UMNO perlu membuang jauh-jauh persepsi parti itu sebagai lubuk untuk cari makan.
Jika ahli UMNO benar-benar mahu memastikan kelangsungan perjuangan parti keramat ini sebagai tulang belakang kerajaan, maka berazamlah untuk melakukan transformasi dalam semua aspek seperti yang dikatakan sebelum ini.
Bersedialah mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera.
Tindakan perubahan dan pembaharuan itu bukan sekadar dengan kata-kata sahaja tetapi ditunjukkan dalam bentuk amalan, aktiviti dan program antara parti dengan rakyat.
Dalam konteks ini, ahli UMNO perlu menyahut seruan Presiden parti supaya menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawan dalam parti.
Mereka perlu bergerak mendekati rakyat bersama-sama dengan golongan profesional dan badan-badan bukan kerajaan.
Para pemimpin UMNO mesti lupakan status jawatan ketika turun padang untuk berbakti. Mereka kena tampil ke hadapan menjelaskan isu-isu berkepentingan rakyat tanpa disuruh-suruh. UMNO wajar meneruskan tradisi parti yang menjuarai isu-isu rakyat.
Sesungguhnya jika UMNO berjaya menyelami denyut nadi rakyat, maka mereka akan sentiasa mengingati dan ada balasannya kemudian hari.
UMNO tidak sepatutnya menunggu masa menjelang tiba pilihan raya baharu hendak menunjukkan keprihatinan kepada rakyat. Mulakan segera keazaman untuk berubah sikap dalam erti kata perjuangan yang sebenar.
Sahutlah amanat Presiden UMNO dengan menjadikan perhimpunan kali ini menjadi titik ‘monumental’ kepada UMNO meninta perjalanan di atas lembaran baru dengan semangat baru, pendekatan baru dan hala tuju baru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Seruan biasa hamba kalau depan khalayak UMNO:
BalasPadamYang putih jangan diabai abaikan;
Yang kelabu jengok jengoklah selalu, lama lama putihlah ia;
Yang hitam intai intai sentiasa, manalah tahu ada peluang menyentuh hatinya.
Barangkali ayat ini boleh jadi tambahan.