Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

15 Oktober 2009

UMNO / BN PERLU BERUBAH

Mat Kelubi kata ;

UMNO telahpun memulakan usaha membawa pembaharuan dalaman bagi meningkatkan daya saing dan terus relevan dengan perubahan serta tuntutan rakyat.
Sudah tentu, selaku parti tunjang dalam Barisan Nasional (BN), UMNO perlu lebih kuat dan menjadi teladan kepada parti-parti komponen lain.
Namun, UMNO tidak boleh berseorangan dalam sebuah pakatan untuk mendepani pilihan raya umum akan datang. Parti-parti komponen lain juga perlu turut serta, melakukan perubahan dan pembaharuan yang perlu.
Kekuatan dan pembaharuan dalam BN perlu menyeluruh, meliputi semua parti di dalamnya tanpa pengecualian. Kesepakatan sesama parti-parti komponen juga perlu diperbaharui dan diperkukuh.
Apa juga perubahan yang dibuat sudah pasti akan menyumbang kepada keupayaan BN untuk meraih undi dan sokongan rakyat.
Untuk membolehkan pembaharuan dalaman itu dilakukan, parti-parti komponen perlulah terlebih dahulu menyingkirkan apa juga kemelut dalaman. Jika masalah itu wujud, usaha pembetulan perlu disegerakan.
Ini kerana masa untuk BN mengembalikan keyakinan padu rakyat terhadap kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin singkat.

MK harap kepimpinan UMNO/BN selesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan tunaikan segala janji yang ditabur . ' Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan '.

3 ulasan:

  1. Salam, apa yang perlu di ubah dalam pemikiran Mat Kelubi sekarang ?

    Kalau kesemua sayap-sayap UMNO lebih mengutamakan kedudukan dari kalangan mereka....

    BalasPadam
  2. ubah pemimpin yg hanya fikirkan kekayaan untuk diri sendiri kepada pemimpin yg benar2 ikhlas bekerja untuk rakyat.

    BalasPadam
  3. salam semua,
    bagi MK pemimpin kena fikir balik dan tanam dalam otak tu bahawa rakyat yang memilih mereka dan bukan mereka yang memilih rakyat. tanpa rakyat mereka tak kan berada ditempat yang mereka ada sekarang.

    BalasPadam