Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

17 Oktober 2009

Umno mantapkan lagi Pendidikan Islam


KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan berpendirian pendidikan agama merupakan asas pembinaan akhlak, sahsiah dan jati diri anak-anak.( KLIK )


Mat Kelubi kata ;

Alhamdulillah berkat kepimpinan Umno, pendidikan Islam di Malaysia ni terus dimantapkan dan dimertabatkan lebih tinggi lagi sejajar dengan Perlembagaan Negara kita iaitu Islam agama rasmi Malaysia.

Berbanding dengan puak2 pembangkang yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam. Pas Perosak Agama yang konon nya berjuang untuk Islam tapi sehingga kini tidak ada pun yang mereka laksanakan. yang ada hanya lah slogan demi slogan aje.

Oleh itu marilah kita orang melayu dan umat Islam bersama2 dengan kepimpinan Umno untuk memastikan ajaran Islam terus diperkukuhkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan