Pada 9 Januari 2012 nanti rakyat Malaysia akan menyaksikan sejarah awal tahun akan berlaku. Mahkamah akan dirobohkan oleh penjilat-penjilat Anwar ibrahim yang dipercayai akan membuat onak, keganasan dan tunjuk perasaan sehingga akan ' merobohkan ' Mahkamah.
KUALA LUMPUR - Nasib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diketahui pada 9 Januari depan kerana Mahkamah Tinggi di sini, akan membuat keputusan akhir terhadap kes tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Anwar, Karpal Singh dan Ketua Pendakwaan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, masing-masing selesai berhujah di akhir kes pembelaan, semalam.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah lantas menetapkan tarikh berkenaan yang akan menentukan sama ada Anwar bebas atau disabitkan kesalahan, seterusnya dipenjarakan.
Jika sabit kesalahan, hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dipertuduhkan ke atas Anwar itu boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 64, mengaku tidak bersalah meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini, antara 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. KLIK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan