Haram Tanda Putera: Pulau Pinang Semakin Jadi Singapork No 2
TIDAK pernah berlaku
dalam sejarah negara kita, sebuah filem diharamkan
dari ditayangkan dalam sesebuah negeri. Biasanya kalau
diharamkan adalah diperingkat nasional melalui LPF (Lembaga Penapisan
Filem).
Kes yang berlaku di Pulau Pinang hari ini
adalah satu sejarah tersendiri bila Guan Eng mengambil keputusan bodoh
dengan mengharamkan filem Tanda Putera
dari ditayangkan di negeri tersebut, sebab dia beranggapan,
bapaknya digambarkan dalam filem tersebut sebagai pencetus rusuhan 13
Mei.
Pendek kata, keputusan Guan Eng
mengharamkan Tanda Putera adalah sebab masalah keluarganya, bukan kerana
kepentingan negeri dan rakyat jelata. Ini baru jadi Ketua Menteri, kalau jadi Menteri dan Perdana Menteri, penulis tak tahulah keputusan bersifat keluarga macam mana lagi akan dibuat Guan Eng
Itu satu hal, satu hal yang lain, Pulau
Pinang sekarang seolah-olah sudah jadi macam negara Singapork (kebetulan
kiblat sembahyang parti DAP) dimana segala-galanya boleh
diharamkan kalau menyentuh perasaan dan sensitiviti anak beranak Lee.
Tapi gebang deras.
Demokrasi, kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan berkarya
dan apa jadah lain yang boleh buat tekak kembang, alih-alih
filem sejarah macam ini pun DAP begitu takut orang Pulau Pinang tengok.
Macamlah panggung wayang ini satu-satunya medium untuk orang menonton filem tersebut.
Masih lagi ada VCD, DVD, Blue Ray
dan online streaming dimana rakyat boleh menonton dengan ada diantaranya
secara percuma pulak tu. Sekarang dah ada Astro First, apa masalah?
Yang penting, nama nak menghalang rakyat Pulau Pnang dari terus menonton filem tersebut, tidak sama sekali.
Selepas ini penulis harap, UMNO
dapat aturkan supaya Tanda Putera ini boleh diakses di laman Youtube,
Red Bean Army (RBA) nak attack, masalah dia, kita pun sekarang ada jentera sosial media yang 10 kali lebih hebat dari RBA untuk counter semula tindakan RBA.
Apa pun, penyudah kepada keputusan penuh beremosi yang dibuat Guan Eng untuk mengharamkan Tanda Putera ini hanya menyerlahkan lagi tembelang DAP sebagai parti rasis yang hanya mengutamakan kepentingan satu kaum saja – Cina (selain ahli keluarga Lim).
Penulis katakan ’penuh beremosi’ sebab,
sejak bila pulak Guan Eng ini faham pasal filem sehingga dia tahu sama
ada filem tersebut perlu diharamkan atau tidak? Apatah lagi dalam kes
ini, Guan Eng belum tengok pun filem tu tapi
dah buat keputusan untuk haramkan sebab ’dengar-dengar’
bapaknya digambarkan sebagai pencetus rusuhan 13 Mei 1969.
Macam inikah pembuat keputusan yang baik? Haram/halal semata-mata berdasarkan dengar-dengar dan cakap orang?
Pengggiat seni di negara kita
ini patut boleh mula rasa bimbang kalau DAP diangkat sebagai salah
satu komponen dalam kerajaan persekutuan pada PRU14 nanti. Kebimbangan
yang disuarakan Norman KRU sebelum PRU13 dulu ada benarnya
sebab pembangkang ini memang jelas anti dengan pembikin filem tempatan.
Sebelum DAP haramkan filem Tanda Putera
di Pulau Pinang, satu lagi komponen pakatan pembangkang, PAS, telah
menghalang pawagam dibina dalam daerah Bangi sebab kononnya menggalakkan
maksiat. Pelik tu dalam masa sama, rumah urut dan pusat karaoke
bersepah pulak kat Bangi, apa tak maksiat ke semua tu?
Itu pun pelik ada juga seorang
pengarah filem taik lalat besar ini yang gemar
memuji pembangkang dan mengecam Norman KRU
sebagai kebudak-budakan kerana mengeluarkan kenyataan tersebut. Dia
sendiri pun tidak akan dapat buat filem kalau tidak ada bantuan
dari kerajaan melalui FINAS.
Betul tak sedar diri punya manusia, mentang-mentanglah bukan filem dia yang kena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan