WAJIB BACA:Apa Yang Umat Islam dan Orang Melayu Perlu Tahu Tentang Anjing
SEJAK
kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya
yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori
najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan
anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah
sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.
Antara alasan-alasan yang mereka beri:
1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.
2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.
3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
4)
Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela
anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik
tidur.
5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.
6)
Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di
dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan
Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka
dimasukkan Allah ke dalam syurga.
7)
Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya
mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.
8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.
Seperkara
lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat
Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut
ada membela anjing."
JAWAPAN
Pada
dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada
dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada
alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk
menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.
Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan
agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih
utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap
di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).
Ada
yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk
ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu
agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.
Apa
yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga
kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan
meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.
Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.
Walaupun
sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya
pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa
bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi
mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan
falsafahnya.
Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.
Sebanyak
79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan
dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan
semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak
memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401
pemilik anjing mengidap barah.
Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).
Dalam
satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang
dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus
punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.
Dari
sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai
pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan
pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan
mazhab al-Syafie.
Pendapat
Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar
adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya
sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang
najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Sebab
mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali
di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat
mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing.
Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang
bermazhab al-Syafie.
Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.
Menurut
mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis,
termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang
diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air
liur dan mulut anjing.
Memandangkan
lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut
haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan
minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah
tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.
Selain
itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika
peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah
tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.
Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).
Kata
al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi)
adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada
Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).
Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa
memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga
binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap
harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).
Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah
SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu
atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"
Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah
1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.
2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.
4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)
Ada
pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang
tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).
Imam
al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela
anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak
membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu.
Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga
keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat
dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya
keperluan.
Namun,
ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah
menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang
terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin
berlaku kerana anjing.
Ini
kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing
sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan
bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.-- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan