Isu Mesir, Pendirian Fathul Bari Bedasarkan Nasihat Mufti Madinah...
Pendirian Dr Fathul Bari dalam isu Mesir :
1. Kezaliman dan pertumpahan darah adalah dilarang di dalam islam
2. Pemerintah muslim yang mendapat kuasa melalui apa jua cara sekalipun
adalah sah menurut islam. Lihat ulasan panjang Ibnu Hajar Al Asqalaani
(wafat 852h) yang mengulas shahih alimam albukhari: telah berijmak
ulama-ulama fiqh bahawa wajib mentaati imam yang merampas kuasa imam
sebelumnya.dan ketaatan itu disebabkan oleh usaha untuk mengelakkan
pertumpahan darah.
3. Jadi,kita sepakat tak setuju tindakan tentera menumpahkan darah. Mana
mungkin individu bernama muslim menerima kejadian kejam seperti itu.
Oleh itu,para ulama ahlussunnah yang konsisten antaranya mufti madinah
syeikh soleh alsuhaimi; setelah beliau mengkritik tindakan kejam
kudeta,beliau menyarankan supaya rakyat mesir pulang ke rumah ikut
perintah darurat demi mengurangkan pertumpahan darah.
4. Hadis Nabi S.A.W "bila berlakunya fitnah...patahkan busur-busur
panah kalian,pukullah pedang-pedang kalian di batu,lazimilah rumah-rumah
kalian.." (Riwayat ahmad)
5. Maka pesan Nabi S.A.W sangatlah jelas. Baginda bencikan fitnah dan
pertumpahan darah kerana itu muslim yang jiwanya bersih pasti membenci
hal yang berlaku.
6. Namun, oleh kerana belum ada kekuatan, tindakan yang dilakukan
hendaklah rasional. Firman Allah: "hendaklah kamu persiapkan
senjata-senjata dan kenderaan perang kamu sedaya mampumu dgn itu kamu
akan menakutkan musuh-musuh allah dan musuh-musuh kamu".
7. Maka,apa kekuatan rakyat mesir?batu?demo?astaghfirullah.
8. Nabi Muhammad S.A.W membina kekuatan dengan berhijrah.
9. Sebelum berhijrah,berapa ramai sahabat Nabi S.A.W dibunuh kerana
memeluk islam. Sumayyah dan ahli keluarganya. Bilal diseksa. Ibnu al-art
diseksa..namun apa tindakan Nabi S.A.W ????? Demo? Bakar semangat
supaya semua turun dijalanan? Berperang dengan arab jahiliyyah yang kuat
ketika itu???? Jawapannya tidak! Nabi S.A.W himpun kekuatan dengan
berhijrah.
10. Manakala keadaan rakyat mesir pada hari ini,sudah tentu mereka tidak
mampu berhijrah. Namun apa yang boleh mereka lakukan adalah pulang
terlebih dahulu ke rumah dan elakkan pertumpahan darah. Jika kudeta ini
datang ke rumah dan cuba mengambil hak-hak mereka,maka pertahankanlah
hak-hak tersebut walaupun nyawa tergadai. Tapi,sudah tentu pertumpahan
darah pasti berkurang.
11. Sabda Nabi S.A.W : "sesungguhnya darah umat islam haram ditumpahkan..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan