Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

12 September 2013

Haron Din Wajib Mengajar Semula Khalid Samad Mengucap Dua Kalimah Syahadah



Haron Din bukan orang baru dalam Pas beliau yang memasuki Pas selepas kemelut Anwar Ibrahim. Haron Din juga pernah dirakamkan ucapannya oleh Mahaguru58 bertegas mengatakan menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

Sambil memetik surah Al-Maidah ayat 73 yang bermaksud, “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawa Tuhan itu ada tiga, tidak ada Tuhan yang kamu nak sembah melainkan Allah Yang Tunggal,” Haron berkata perkara ini sudah selesai kerana menjadi milik Islam.

“Orang Islam sepatutnya tidak ada keraguan dalam dirinya, inilah Allah yang kita sembah dan tidak boleh kita benarkan atau kita katakan boleh digunakan oleh mana-mana agama untuk menggunakan perkataan Allah.
Menurutnya, Islam mempunyai kaedah dalam konsep tolong menolong, iaitu tolong menolong ke arah perkara yang mendatangkan kebajikan dan ketakwaan kepada Allah swt serta menghindari perbuatan dosa.

“Kalau kita sokong Allah ini untuk orang-orang Kristian, Katolik, mereka nak buat apa dengan Allah Taala ini ? Nak mengesakan Allah atau nak mensyirikkan Allah swt ?

“Saya kata syirik dan syirik ini, satu kezaliman yang cukup besar,” katanya.

Menurutnya lagi, jika seseorang itu terjatuh dalam amalan syirik, semua kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini, semuanya terhapus.
Dalam satu lagi rakaman kepada TV PAS, Haron secara konsisten menegaskan beliau amat terkilan dan tidak bersetuju kalimah Allah dikongsi dengan penganut lain seperti Kristian.

Sambil merujuk Bible, Haron berkata, “Daripada halaman awalnya, chapter satu lagi, saya lihat..diguna perkataan ‘God’…

“Di dalam ini sahaja, ada tidak kurang 30 kali perkataan ‘god’. Halaman dua, tiga, penuh dengan perkataan ‘Lord’..sterusnya, ‘Jesus’.

“Sampai sepanjang Bible ini, saya tidak bertemu perkataan Allah.”


Oleh yang demikian kenapa Khalid Samad terlalu mempertikaikan kenapa orang Islam membuang masa untuk mempertahankan kalimah Allah di Putrajaya.

Oleh yang demikian masyarakat Islam di Malaysia sepatutnya sudah tahu siapa Khalid Samad yang sebenarnya adakah seorang mubaligh Kristian yang menyamar menjadi Islam atau sebagainya.

Haron Din wajib mengajar semula Khalid Samad mengucap Dua Kalimah Syahadah agar beliau mati dalam Islam bukannya dalam keadaan yang syirik.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan