Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

09 September 2013

Timbalan Presiden PAS mengamalkan ajaran Syiah?


KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kenyataan terbaharu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disifatkan sebagai satu mesej jelas bahawa Mursyidul Am Pas itu mahu para perwakilan menolak golongan yang dilabel sebagai profesional tetapi mengambil kesempatan atas keterbukaan parti tersebut.
Aktivis Pas, Mohd. Reza Kamaruddin berkata, berdasarkan kenyataan tersebut, Nik Abdul Aziz benar-benar meminta perwakilan memilih calon-calon pemimpin yang tegas mempertahankan akidah umat serta agama Islam daripada terus dihina oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Nik Abdul Aziz sebenarnya mahu perwakilan tolak golongan yang dilabel sebagai profesional tetapi mengambil kesempatan di dalam keterbukaan Pas dengan menyemai dan membiakkan pemikiran liberalisme, pluralisme serta fahaman akidah sesat seperti Syiah dan Khawarij," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Reza berkata, harapan Nik Abdul Aziz itu wajar diberikan perhatian sepenuhnya oleh semua perwakilan yang diberi tanggungjawab memilih pemimpin-pemimpin Pas dalam muktamar akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan