Sejak semalam kita tahu bahawa Jeff Ooi meminta maaf diatas kata-katanya
sebelum ini yang menghina kakitangan MPPP dengan panggilan kucing
kurap. Permohonan maaf tersebut dibuat majlis konvesyen DAP Pulau Pinang
semalam.
Tetapi ada satu benda yang mungkin anda tidak tahu disebalik permohonan
maaf tersebut. Yang dia minta maaf kerana Karpal Singh itu satu hal. Ada
lagi satu hal yang mungkin tidak diketahui ramai.
Sekarang mari RBF beritahu…
Sebaik sahaja Jeff Ooi melafazkan permintaan maafnya semalam, dia telah
diboo oleh cina-cina DAP dalam majlis itu. Dia diboo oleh cina-cina DAP
dalam majlis tersebut kerana memohon maaf kepada kakitangan MPPP yang
berbangsa melayu.
Itulah wajah sebenar cina-cina DAP. Mereka rasa satu penghinaan apabila
orang mereka terpaksa memohon maaf kepada orang melayu. Begitulah
tebalnya sikap anti dan benci kepada melayu dikalangan cina-cina DAP.
Jika mereka sokong tindakan Jeff Ooi memohon maaf untuk menjernihkan keadaan sudah tentu mereka tepuk tangan, bukan mengeboo.
Saya tidak bercakap kosong…saya tidak membuat fitnah…saya menulis
berdasarkan bukti yang diberikan pihak mereka sendiri. Lihatlah
dibawah….
Ini berita asal yang dikeluarkan malaysiakini tengahari semalam. Saya
dah jangka apa yang akan berlaku, sebab itu saya print screen dan
simpan.
Ini komen yang sempat dihantar oleh seorang hamba Allah yang bernama
Encik Rbf dalam berita diatas. Nampaknya apa yang saya jangka menjadi
kenyataan. Selepas 2-3 jam saya buka balik malaysiakini dan saya lihat
berita tersebut telah ditukar tajuk dan kandungannya. Lihat dibawah…
Anda perhatikan yang didalam kotak hitam. Masa dan wartawan yang menulis
adalah orang yang sama dengan berita yang disiarkan sebelum itu. Lihat sini
Selama ini malaysiakini mengatakan mereka pelapor berita yang adil, yang saksama, yang beretika dan sebagainya.
Nah !
Sekarang apa cerita ?
Apakah ini beretika ?
Apa-apa pun malaysiakini telah mengesahkan bagaimana sifat perkauman
cina-cina DAP yang begitu tebal, sifat anti melayu yang kuat.
Sehinggakan orang mereka minta maaf kepada orang melayu pun kena
sorak….kena boo….
Terima kasih malaysiakini….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan