Pengikut
wajib tolak
31 Disember 2013
(SEBARKAN)
Para sahabat ku semua....
Tujuan berkumpul pada Malam Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka kita dah tahu, namun apa jua isu yg dibawa selama ini sememangnya adalah semata-mata untuk memburuk-burukkan kerajaan, di mana matlamat akhirnya adalah untuk menjatuhkan kerajaan yg sedia ada.
Kalau kita fikir secara rasional, dari dulu sampai sekarang memang berlaku kenaikan harga barang @ perubahan nilai wang. Dulu masa kita kecik2....5 sen pun sudah cukup bernilai....tapi sekarang sudah jauh berbeda. Zaman berubah di mana masyarakat kampung tidak lagi memandang 5 @ 10 sen apatah lagi masyarakat bandar.
Kenaikan harga barang @ kos sara hidup bukan saja berlaku di Malaysia, tetapi ianya berlaku di seantero dunia & merupakan masalah yang memeningkan semua pemimpin dunia. Terdapat negara yang rakyatnya bangun memberontak hingga jatuh kerajaan yang sedia ada, namun lihatlah hasilnya adakah harga barang dan kos sara hidup dapat diturunkan, tetapi yang selalu kita lihat dan saksikan sendiri pergolakan akan berterusan dan yang merana adalah rakyat bawahan yang akan terus miskin & papa kedana.
Bagi Malaysia, tak usah kita membandingkan dengan negara2 besar seperti USA @ Great Britain. Kita cuma lihat contoh paling dekat di utara dan selatan tanahair. Nun di utara Thailand misalnya adakah barangannya lebih murah dari kita. Kalau tidak masakan rakyatnya & rakyat kita berlumba-lumba untuk menyeludup seberapa banyak barangan kita seperti minyak petrol, minyak masak, gula dll ke negaranya jika harga barangan kita lebih tinggi dari negaranya. Nun di selatan pula iaitu Singapura, tidak payahlah kita bandingkan kerana kos hidup di sana sememangnya tinggi. Kalau tidak masakan berbondong-bondong rakyatnya mengisi minyak kenderaan & membeli-belah di Malaysia jika kos barangan di sana lebih rendah.
Sehubungan itu, apa jua isu yang timbul, jangan sampai kita merosakkan sistem yang kita ada. Kita ada cara tersendiri untuk menyelesaikannya di mana apabila cukup 5 tahun, rakyat diberikan hak untuk memilih kerajaan yang terbaik untuknya.
Keamanan yang kita nikmati hari ini harus dipelihara demi memastikan nama Malaysia terus utuh di persada dunia. Negara luar amat mengagumi dan mencemburui pembangunan dan keamanan yang di capai Malaysia. Tapi kita sendiri tak sedar dengan kelebihan yang kita ada selama ini melalui wawasan dan dasar pembangunan negara yang tepat membolehkan kita berada di tahap ini.
Berdoalah kita agar negara ini terus aman, makmur dan dilindungi dari sebarang musibah, manakala hubungan antara kaum yang selama ini nampak macam cantik jer.....nampak macam baik jer....terus terpelihara.
(SEBARKAN)
KLIK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan