Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata, "saya tidak boleh menyenangkan semua orang" susulan daripada
desakan beberapa pemimpin PAS yang mahu beliau meletak jawatan dan digantikan
kepada pemimpin PAS.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman
dilaporkan memberitahu beberapa pemimpin parti itu kini tidak lagi menyokong
Abdul Khalid untuk terus menjadi menteri besar.
Menurut Jaafar, sikap Abdul Khalid yang sering membuat
keputusan bersendirian serta membelakangkan rakan kompenan Pakatan Pembangkang
membuatkan mereka menolak kepimpinannya kali ini.
Bahkan corak pentadbiran Abdul Khalid pada penggal kedua
ini juga dikatakan tidak berubah selepas ditegur beberapa pimpinan parti
sebelum ini.
Demikian juga kenyataan Ahli Parlimen PAS, Khalid Abdul
Samad dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang secara terbuka menyatakan
barisan pimpinan PR wajar bertemu bagi mencari pengganti Abdul Khalid.
Desakn kepimpinan PAS itu sudah sampai ke telinga Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Sama ada perlu kekal atau tidak sebagai menteri besar,
perkara itu perlu dibincangkan secara menyeluruh dalam Pakatan Rakyat, ujar
Ketua Pembangkang itu.
"Pandangan dan luahan yang diutarakan terhadap Abdul
Khalid mungkin berdasarkan kepada keadaan dan prestasi semasa.
"Kita akan mendengar idea dan cadangan yang
diajukan. Kemudian kita akan berbincang dan keputusan akan dibuat selepas
perbincangan menyeluruh dilakukan bersama.
Kekesalan beberapa pemimpin PAS termasuk pemimpin DAP ke atas Khalid Ibrahim ekoran beberapa keputusannya yang banyak memihak kepada BN dalam usaha menangani permasalahan rakyat Selangor khususnya isu Langat dan isu air serta beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan Pakatan Pembangkang Selangor. SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan