Perang di bumi Syria telah berlarutan sejak beberapa lama dan
berdasarkan maklumat terdapat rakyat Malaysia turut terlibat dalam
kancah peperangan tersebut.Peperangan yang telah mengorbankan ribuan
nyawa itu sehingga kini masih belum menampakkan sebarang jalan
penyelesaian dan ura-ura ianya akan tamat dalam masa terdekat.
Sesuatu yang agak aneh adalah kenapa sehingga ke hari ini tidak ada satu
pun tindakan daripada badan-badan dunia seperti PBB mahupun Amerika
Syarikat yang selama ini menjadi polis dunia untuk cuba menghentikan
konflik berdarah tersebut.
Semua masih menjadi misteri kepada kebanyakkan penduduk dunia yang
prihatin dengan nasib rakyat Syria yang kini menjadi mangsa kepada
keganasan sesama manusia.
Sehingga berita ini dikeluarkan terdapat banyak laporan menyatakan
bahawa antara pejuang yang terlibat dalam peperangan di bumi Syria
adalah dikalangan rakyat Malaysia.
Malah Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal
pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai
pergerakan jihad di Syria, lapor The Star hari ini.
Menurut akhbar itu, hasil siasatannya mendapati Lotfi secara terbuka
telah memuatnaik gambar-gambarnya serta klip video ke media sosial.
Serentak dengan itu PAS melalui Setiausaha Agungnya , Datuk Mustafa Ali
hari ini telah membuat kenyataan menegaskan bahawa PAS telah pun memecat
keahlian Lotfi Ariffin sebagai ahli serta merta selepas mendapat
maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria.
"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk
menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau.
Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada
Harakahdaily.
Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat
dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat
ahlinya.
Begitu cepat tindakan yang diambil oleh parti PAS terhadap ahlinya yang menyertai perang di bumi Syria.
Namun dalam beberapa keadaan timbul tanda tanya dikalangan penyokong
pembangkang sendiri , apakah PAS tidak lagi mahu terlibat dalam
perjuangan untuk menegakkan Islam ?
Persoalan ini timbul apabila bekas pemimpin PAS terbabit dipecat serta
merta daripada parti selain daripada penegasan oleh Mustafa Ali terhadap
mana-mana ahlinya yang terlibat dalam gerakan jihad di Syria turut sama
akan dipecat.
Kepada penyokong PAS khususnya , MUNGKIN PAS hanya mengiktiraf
perjuangan jihad seperti yang berlaku di Memali satu ketika dulu dan
bukannya seperti mana yang berlaku di bumi Syria hari ini.
Walau bagaimanapun PAS sudah pasti punya pendirian dan pendekatan tersendiri hanya mereka yang boleh menjelaskannya.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan