Pengikut
wajib tolak
12 September 2013
Umat Islam akan terkeliru bila gereja guna kalimah Allah
PUTRAJAYA 10 Sept. - Kerajaan bertindak berlandaskan undang-undang ketika melarang majalah mingguan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi mengelak kekeliruan agama yang boleh mengancam ketenteraman awam serta menimbulkan sensitiviti keagamaan.
Arahan bertarikh 7 Januari 2009 yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri itu munasabah dan selaras dengan Enakmen-Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam (Negeri-Negeri).
Perkara tersebut dinyatakan sewaktu Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kerajaan dan enam pihak lain yang tidak berpuas hati dengan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah suci itu digunakan dalam seksyen Bahasa Melayu majalah tersebut.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh selepas mendengar penghujahan dalam mahkamah yang penuh sesak, menangguhkan keputusan hingga bulan depan.
Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili perayu-perayu sebelum itu berhujah, Menteri Dalam Negeri membuat pertimbangan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya boleh terancam jika kalimah Allah digunakan dalam penerbitan itu.
Beliau menyatakan, masyarakat Islam di negara ini amat sensitif terhadap perkara berhubung isu agama terutamanya penggunaan kalimah Allah yang merujuk kepada Tuhan bagi penganut agama itu.
''Kalimah Allah merupakan kalimah suci umat Islam dan diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi yang kesuciannya mesti dipelihara. Ia merujuk kepada keesaan-Nya dan tidak boleh disamakan dengan konsep Triniti mengikut kepercayaan penganut Kristian,'' hujah beliau.
Sehubungan itu, Suzana menyatakan, kalimah Allah bukan semata-mata terjemahan kepada perkataan Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Herald tetapi merupakan kata nama khas bagi Tuhan untuk masyarakat Islam.
Dalam hujahnya, Suzana turut membangkitkan bukti baharu berhubung keharmonian kaum yang tercemar melalui afidavit yang menyatakan beberapa kejadian antaranya cubaan membakar gereja berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Beliau turut menyatakan, arahan tersebut merupakan tindakan awal menteri dan tidak memerlukan insiden sebenar yang menggugat ketenteraman awam berlaku terlebih dahulu sebelum membolehkan arahan dikeluarkan.
Sehubungan itu, kata beliau, tiada bukti yang menunjukkan menteri berkenaan bertindak atas niat jahat atau melaksanakan budi bicara secara tidak munasabah ketika mengeluarkan sekatan terhadap majalah berkenaan.
Sementara itu, peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhujah, kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain kerana kalimah itu hak eksklusif umat Islam dan tiada bukti menunjukkan perkataan itu sebahagian daripada agama Kristian.
''Jika seseorang menggunakan kalimah Allah, ia merupakan seorang Islam,'' hujah beliau.
Abdul Aziz turut mempertikaikan terjemahan perkataan Allah kerana Injil yang asli adalah dalam bahasa Ibrani (Hebrew) yang kemudian diterjemahkan kepada bahasa Latin.
Menurut beliau, kitab terjemahan di Sabah dan Sarawak tidak asli kerana Bible dalam bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan tidak mengandungi kalimah Allah.
Dalam pada itu, Mubashir Mansor yang berhujah bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyatakan, sekatan itu munasabah bagi menghalang isi kandungan majalah itu yang turut boleh diakses secara dalam talian, disebarkan kepada umat Islam.
Peguam itu turut mempertikaikan penggunaan kalimah Allah yang diterjemahkan dalam seksyen bahasa Melayu kerana Kitab Bible versi bahasa Inggeris tidak terkandung kalimah berkenaan.
Hujah Mubashir, Terengganu melaksanakan enakmen yang melarang penggunaan perkataan itu dalam kalangan bukan Islam dan mereka perlu mendapat kebenaran Sultan untuk menggunakannya.
Mahkamah turut mendengar penghujahan Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang menyatakan, Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya kerana gagal menimbangkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan tidak boleh berdiri sama tinggi dengan agama lain.
Pada sebelah petang, Porres Royen yang mewakili Gereja Roman Katolik berhujah, penggunaan kalimah Allah tidak harus disekat kerana ia bukan merupakan satu kesalahan memandangkan perkataan itu hanya digunakan untuk penganut Kristian.
Beliau menghujahkan, isu yang ditimbulkan itu bukan perkara baharu kerana perkataan tersebut telah digunakan sejak zaman berzaman lamanya dan tiada perkataan lain yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan Tuhan melainkan dengan menggunakan kalimah Allah.
Seorang lagi peguam pihak gereja, Benjamin Dawson turut berhujah, kalimah Allah yang digunakan dalam bahasa Indonesia di Sabah dan Sarawak serta di negara jiran itu tidak langsung membangkitkan sebarang kekacauan.
Menurut beliau, perkataan itu merupakan yang sama digunakan dalam Bible dan juga al-Quran dan tidak sesuai untuk mengubahnya kerana telah lama digunakan dan penerbitan itu hanya khusus untuk penganut Kristian.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.
Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Utusan Malaysia
Haron Din Wajib Mengajar Semula Khalid Samad Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Haron Din bukan orang baru dalam Pas beliau yang memasuki Pas selepas kemelut Anwar Ibrahim. Haron Din juga pernah dirakamkan ucapannya oleh Mahaguru58 bertegas mengatakan menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
Sambil memetik surah Al-Maidah ayat 73 yang bermaksud, “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawa Tuhan itu ada tiga, tidak ada Tuhan yang kamu nak sembah melainkan Allah Yang Tunggal,” Haron berkata perkara ini sudah selesai kerana menjadi milik Islam.
“Orang Islam sepatutnya tidak ada keraguan dalam dirinya, inilah Allah yang kita sembah dan tidak boleh kita benarkan atau kita katakan boleh digunakan oleh mana-mana agama untuk menggunakan perkataan Allah.Menurutnya, Islam mempunyai kaedah dalam konsep tolong menolong, iaitu tolong menolong ke arah perkara yang mendatangkan kebajikan dan ketakwaan kepada Allah swt serta menghindari perbuatan dosa.
“Kalau kita sokong Allah ini untuk orang-orang Kristian, Katolik, mereka nak buat apa dengan Allah Taala ini ? Nak mengesakan Allah atau nak mensyirikkan Allah swt ?
“Saya kata syirik dan syirik ini, satu kezaliman yang cukup besar,” katanya.
Menurutnya lagi, jika seseorang itu terjatuh dalam amalan syirik, semua kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini, semuanya terhapus.Dalam satu lagi rakaman kepada TV PAS, Haron secara konsisten menegaskan beliau amat terkilan dan tidak bersetuju kalimah Allah dikongsi dengan penganut lain seperti Kristian.
Sambil merujuk Bible, Haron berkata, “Daripada halaman awalnya, chapter satu lagi, saya lihat..diguna perkataan ‘God’…
“Di dalam ini sahaja, ada tidak kurang 30 kali perkataan ‘god’. Halaman dua, tiga, penuh dengan perkataan ‘Lord’..sterusnya, ‘Jesus’.
“Sampai sepanjang Bible ini, saya tidak bertemu perkataan Allah.”
Oleh yang demikian kenapa Khalid Samad
terlalu mempertikaikan kenapa orang Islam membuang masa untuk
mempertahankan kalimah Allah di Putrajaya.
Oleh yang demikian masyarakat Islam di
Malaysia sepatutnya sudah tahu siapa Khalid Samad yang sebenarnya adakah
seorang mubaligh Kristian yang menyamar menjadi Islam atau sebagainya.
Haron Din wajib mengajar semula Khalid
Samad mengucap Dua Kalimah Syahadah agar beliau mati dalam Islam
bukannya dalam keadaan yang syirik.
09 September 2013
Patutlah ‘Tanda Putera’ Jijik Di Mata Kit Siang & Anaknya..?
Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September) maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang.
Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.
Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.
Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya: Kenaapa ada Waktu Tanah Melayu?kenaapa Keretaapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu?
(Baca buku Memoirs of Lee Kuan Yew)
Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada di kawasan rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah(Pak Melan) juga ada bersama.
Pak Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi beliaulah yang menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah kena!orang kita dah kena!
Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama ,Tunku Abdul Rahman Putra dalam pekara ini adalah benar dan tepat.
Saya berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kEjadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan mayat bergelimpangan. Orang orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew . Racun yang mereka semai telah membunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.
Sebelumnya saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau “Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung”
Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu.Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah bagitu celupar. Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur,sama ada sebagai penjaja di pasar,peniaga besar dan kecil, pelajar,siswa,pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.
Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.
Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13 adalah peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan ” Ini kalilah.”
Populasi Melayu akan bertambah, profesional Melayu akan semakin ramai. Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerentahan BN dan Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.
Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menapikan.
Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.Dia pasti tidak akan berjaya.
Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua kaum yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting tidak kehilangan akal , malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni,makmur dan aman damai.
Tun Razak memberitahu doctornya :”Saya mahu sedikit masa lagi.” tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.
Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa.
Oleh : Zamkata
Wasabi Oyabun..
Timbalan Presiden PAS mengamalkan ajaran Syiah?
Aktivis Pas, Mohd. Reza Kamaruddin berkata, berdasarkan kenyataan tersebut, Nik Abdul Aziz benar-benar meminta perwakilan memilih calon-calon pemimpin yang tegas mempertahankan akidah umat serta agama Islam daripada terus dihina oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Nik Abdul Aziz sebenarnya mahu perwakilan tolak golongan yang dilabel sebagai profesional tetapi mengambil kesempatan di dalam keterbukaan Pas dengan menyemai dan membiakkan pemikiran liberalisme, pluralisme serta fahaman akidah sesat seperti Syiah dan Khawarij," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Reza berkata, harapan Nik Abdul Aziz itu wajar diberikan perhatian sepenuhnya oleh semua perwakilan yang diberi tanggungjawab memilih pemimpin-pemimpin Pas dalam muktamar akan datang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130908/po_05/Mursyidul-Am-Pas-beri-mesej-tolak-golongan-profesional#ixzz2eMgdurUj
© Utusan Melayu (M) Bhd
03 September 2013
Lidah Rasmi PAS Dakwa Harga Minyak Naik Sebab Krisis Mesir.
Harga minyak naik sedikit dalam dagangan di Asia akibat kebimbangan
akan menularnya krisis di Mesir ke negara-negara Timur Tengah lain
sehingga menyebabkan bekalan disekat.
Dagangan di West Texas Intermediate di New York naik AS$0.04 (13
sen) menjadikan harganya AS$107.50 untuk penghantaran September dalam
dagangan pertengahan pagi.
Dagangan minyak mentah di Brent North Sea untuk penghantaran Oktober juga naik AS$0.04 menjadikan harganya AS$110.44.
“Harga minyak terus dipengaruhi oleh situasi di Mesir dengan
kebimbangan ia boleh merebak ke tempat-tempat lain di Timur Tengah,” AFP
memetik Desmond Chua, penganalisis pasaran di CMC Markets di Singapura.
“Masih terdapat kebimbangan terhadap bekalan yang melalui Terusan Suez dan saluran minyak Sumed,” katanya.
Krisis berdarah di Mesir telah pun mengorbankan sehingga 800 orang
dalam masa lima hari, menurut angka rasmi, di mana semalam sahaja 36
orang tahanan dilaporkan terbunuh di dalam apa yang didakwa oleh
kerajaan yang merampas kuasa sebagai percubaan untuk melarikan diri dari
penjara.
Kerajaan yang merampas kuasa semakin meningkatkan tekanan dan
keganasan ke atas penyokong-penyokong presiden yang digulingkan, Mohamed
Morsi.
Pertumpahan darah di Mesir itu menyebabkan kecaman meluas di
peringkat antarabangsa, di mana diplomat-diplomat kanan Kesatuan Eropah
(EU) memutuskan untuk mengadakan pertemuan tergempar untuk membincangkan
keadaan yang berlaku dan rancangan EU seterusnya.
Walaupun Mesir bukan pengeluar utama minyak, para pedagang bimbang
kejadian yang semakin meruncing di negara itu akan menjejaskan laluan
bekalan minyak di Terusan Suez dan saluran minyak Sumed, yang menjadi
penghubung antara Eropah dan pengeluar-pengeluar minyak di negara-negara
Teluk.
Terusan Suez menjadi laluan kepada kapal-kapal yang membawa
kira-kira 2.5 juta tong minyak sehari, iaitu 2.7 peratus dari bekalan
sedunia.
Langgan:
Catatan (Atom)




