PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.
Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.
“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.
“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.
“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.[ berita penuh ]
Mat kelubi kata ;
MK setuju seratus peratus apa yang dikatakan oleh mufti ni. bagi MK mufti tak kan suka2 hati dia je nak keluar kenyataan ni jika tidak merujuk pada hadis n sunnah serta keadaan semasa yang berlaku sekarang ni .
kita dah nak masuk 52 tahun merdeka n selama ni hidup rakyat malaysia aman damai takde kekecohan . rakyat malaysia boleh berjalan senang lenang xde sape nak ganggu. untuk apa kita nak perjudikan keamanan yang kita kecapi sekarang ini demi untuk mencapai cita2 sorang lelaki yang dikatakan pemimpin main bontot untuk menjadi PM demi kepentingan diri dia je.
MK sarankan pihak berkuasa melalui akta yang sedia ada ambil tindakan terhadap orang2 yang mengeluarkan kenyataan ataupun perbuatannya yang secara terang atau tersirat menghina raja2 melayu n agama Islam . jgn bagi ruang n beri muka kat pengkhianat2 negara ni. mencegah lebih baik dari mengubat. cegah sebelum parah.
pengkhianat ni perlu di ajar . tak kira la orang melayu ke cina ke india ke pakai serban ke selagi mereka menghina mencaci mengata atau apa2 je la tindakan mesti diambil agar anak cucu cicit kita tidak menderita selepas ni
MK seru rayu pada semua rakyat malaysia kita tolak kita buang dan kita kafan kan orang2 yang menghina raja kita agama kita . mari kita bersama dengan raja2 melayu kepimpinan kerajaan umno/bn untuk pastikan negara kita ni terus aman dan damai serta kesucian agama Islam tetap terpelihara .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan