Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

06 Ogos 2009

Mufti Selangor setuju larangan jual arak


Khamis , 6 Ogos 2009

SHAH ALAM – Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang memperjuangkan larangan penjualan arak kepada majoriti penduduk Islam di sesebuah kawasan. Menurutnya, langkah ini wajar dilakukan untuk menjauhkan umat Islam daripada amalan meminum arak yang jelas haram dalam hukum Islam. “Hukum arak tidak boleh dipertikaikan, haram tetap haram, biarpun sedikit atau banyak jumlah alkohol didalamnya, minuman itu tetap haram,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata demikian mengulas desakan Pas Selangor kelmarin yang mendesak Kerajaan Negeri melarang penjualan arak di kawasan majoriti Islam. Tamyes berkata, larangan penjualan arak dikawasan majoriti penduduk Islam ini telah lama dibangkitkan sejak isu pemerintahan Barisan Nasional (BN) lagi tetapi masih tidak berkesudahan sehingga kini. “Arak bukan sahaja haram, bahkan orang Islam yang berkaitan dengan penjualan arak juga hukumnya adalah haram,” katanya. Dalam perkembangan yang sama, Tamyes berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sepatutnya diberikan kuasa untuk merampas arak di premis berlesen ekoran penjualannya di kawasan majoriti Islam. “Pengharaman arak pada umat Islam sudah termaktub di dalam hukum, biarpun penjualannya boleh diadapati secara terbuka kini, pokok pangkalnya adalah diri sendiri,” katanya. Tamyes juga menyifatkan tindakan mempersoalkan tindakan PBT dan Jais seperti membuka ‘ikatan tali yang diikat erat’.


Mat Kelubi kata ;

Yang ni MK setuju dengan Mufti. Masalah ini bukan masalah politik tapi masalah umat Islam .
Kita orang Islam tak kira Pas ke Umno ke Pkr ke dalam hal ini kita perlu serius dan bersatu . tak
payah la nak cari silap sape2. Yang penting orang Islam dapat dijaga dipelihara agar keturunan Nabi Adam ini tidak terus hanyut dengan dugaan dan godaan syaitan / iblis yang menyerupai dalam bentuk manusia yang kafir .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan