Mat Kelubi kata ;
KEMENANGAN Pas sudah diduga. Kejayaan parti itu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bukanlah satu kejutan. Mat Kelubi percaya Barisan Nasional (BN) pun tidak menaruh harapan yang tinggi sebaliknya mahu mengurangkan majoriti Pas.
Ternyata BN berjaya walaupun majoriti yang dikurangkan agak kecil.Pada masa yang sama undi yang diperoleh kedua-dua parti juga merosot berbanding pada pilihan raya umum lalu. BN kekurangan 504 undi sementara Pas 1,386 undi. Mungkin disebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah.
Apa pun mengambil kira keputusan dua pilihan raya kecil di kawasan yang sama, Mat Kelubi melihat sikap pengundi di kawasan yang dikuasai Parti Keadilan Rakyat itu tidak banyak berubah.
Bagaimanapun Awang percaya pilihan raya kecil ini memberi pengajaran yang bermakna kepada BN. Beberapa faktor yang memungkinkan kekalahan itu perlu diselidiki. Calon Pas yang diturunkan sudah kecundang lima kali dalam pilihan raya umum tetapi kali ini berjaya. Adakah kerana popularitinya atau Pas?
BN juga perlu mengkaji kemungkinan ketidaksetiaan anggota parti komponennya yang mungkin tidak mengundi atau gagal menyokong BN. Difahamkan undi yang diterima BN tidak sebanyak jumlah ahli BN. Semuanya perlu dijawab bagi memperkukuhkan jentera BN di Permatang Pauh. BN khususnya UMNO di kawasan itu perlu diperkukuhkan.
Mat Kelubi – Terima keputusan seadanya.
rezeki dia tuhan nak kasi kot..tapi harap umnoBN jangan cepat mengalah..teruskan perjuangan
BalasPadamsekadar penyedap hati jer kot...
BalasPadamterus rancakkan saingan politik m'sia
Salam, Mat kelubi,
BalasPadamTeruskan perjuangan, nasib menyebelahi mereka ditempat kubu kuat mereka. Di Lain kali BN
akan manang teruskan perjuangan......
Salam,
BalasPadamKepimpinan dan ahli UMNO setempat tidak kira di mana, itu sendiri yang perlu mengubah cara pendekatan dengan masyarakat setempat.......