Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

15 Julai 2011

DAP - Satu lagi perhinaan kepada Islam..


PEMIMPIN DAP dapat satu lagi pengiktirafan apabila Pas menyokong ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang mahu membacakan sebuah hadis pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Selasa lalu.

Mat Kelubi lihat ini juga satu lagi taktik DAP untuk menunjukkan kononnya parti anti Negara Islam itu sedang berusaha merapatkan diri mereka dengan umat Islam.

Entah sama ada hadis yang mahu dibacakan oleh wakil rakyat DAP itu sahih atau tidak, dia pun tak tahu. Jadi betullah tindakan Datuk Mohamad Satim Diman menegur perbuatan itu.

Pada Mat Kelubi kita tidak boleh biarkan sesiapa sahaja sesuka hati menggunakan hadis untuk menguatkan hujahnya apatah lagi oleh orang kafir.

Budaya salah guna ayat-ayat daripada kitab suci al-Quran dan hadis tidak boleh dibiarkan. Sudah banyak tempat dan majlis, ayat al-Quran dan hadis dipermainkan oleh DAP.

Sudah tentu, penggunaan hadis itu bukan untuk diamalkan oleh pemimpin DAP, tetapi lebih ke arah kepentingan politik.

Mat Kelubi berasa sedih melihat pemimpin Islam dalam Pas dan PKR menyokong DAP untuk ‘memutar-belitkan’ ayat al-Quran dan hadis.

Hari ini DAP boleh baca hadis, esok atau lusa mereka pula akan ajar kita hadis mana yang patut kita baca dan ikuti.

Mat Kelubi - Dap dah semakin melampau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan