KUALA LUMPUR 21 Julai - Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock merumuskan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam.
Mengikut rumusan suruhanjaya itu dalam laporan setebal 124 muka surat yang didedahkan kepada media hari ini, tindakan itu didorong oleh soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan yang dikenakan ke atasnya oleh pegawai-pegawai SPRM pada malam 15 Julai 2009 dan awal pagi keesokan harinya.
Lima anggota panel yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong bersependapat dan bersetuju sepenuhnya bahawa Beng Hock, 30, jatuh dari tingkat 14 dalam keadaan sedar berdasarkan kecederaan yang dialaminya.
Mereka sebaliknya menolak pendapat pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand bahawa Beng Hock dipukul dengan objek tumpul kerana lelaki itu tidak mungkin berjalan ke tingkap dalam keadaan sedar jika mengalami kecederaan yang teruk di kepala.
Begitu juga teori ditolak keluar dari tingkap kerana pergelutan pasti berlaku sedangkan tiada kecederaan mempertahankan diri selain tiada asid deoksiribonukleik (DNA) asing pada badan mahupun pakaian Beng Hock.
Saya tak dapat terima anak bunuh diri - Ibu mendiang
ALOR GAJAH 21 Julai - Keluarga mendiang Teoh Beng Hock tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Diraja yang mengatakan mendiang membunuh diri.
Ibunya, Teng Shuw Hor, 58, tetap menegaskan, anaknya telah dibunuh dan bukan membunuh diri.
"Sebagai seorang ibu, saya tidak dapat menerima anak saya membunuh diri. Anak lelaki saya telah dibunuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kelemak di sini, hari ini.
"Sesiapa yang membawa Beng Hock ke bangunan SPRM, orang itu perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi," ujarnya.
Tegasnya, tiga orang yang telah dinamakan dalam laporan suruhanjaya itu perlu didakwa kerana membunuh anak lelakinya. ( KLIK )
Mat Kelubi : Sudah - sudah la jangan dipolitikkan lagi perkara ni.. Laporan Suruhandiraja pun dah memberi keputusan.. Kepada ahli keluarga Teoh diharapkan terima keputusan ini seadanya tanpa sebarang prejudis lagi..Keputusan adalah telus....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan