Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

21 Julai 2011

Pengkhianatan Anwar Sebelum Nak Check In Hotel Besi

Usaha Anwar bina rangkaian di Indonesia

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dikatakan giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Indonesia bagi memberi tekanan antarabangsa terhadap Malaysia disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada negara.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan itu menunjukkan niat sebenar Ketua Pembangkang itu yang cuba merosakkan imej negara demi kepentingan peribadinya.

“Hubungan Anwar dengan Indonesia ini memang sudah lama sejak beliau berada dalam kerajaan lagi. Namun apa yang digambarkan oleh Anwar kepada Indonesia kini, cara beliau bawa cerita memburukkan Malaysia, ini adalah niat jahat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dikatakan turut menjadikan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, menteri-menteri dan bekas ahli politik sebagai kumpulan sasarannya di negara itu.

Zahrain yang merupakan bekas ahli PKR berkata, pengaruh Anwar di negara jiran itu sebenarnya tidak lagi relevan memandangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia semakin pulih.

“Sudah banyak masalah dapat diperbetulkan oleh kerajaan Malaysia kini. Tambahan pula kredibiliti Anwar di sana sudah mula dipersoalkan sesetengah rakyat Indonesia,” katanya.

Mat kelubi : ini mungkin permainan terakhir dia kot..adat la lepas ni dia kena check in hotel besi untuk jangka masa yang lama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan