Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

28 Julai 2011

Mampukah Harimau Malaya Mengaaauuumm Di Bukit Jalil


MENANG atau kalah pasukan Malaysia dalam perlawanan timbal balik kedua menentang Singapura pada kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil malam ini adalah adat perlawanan.

Namun, Malaysia perlu menang besar. Untuk mara dengan selesa, Harimau Malaya perlu memperoleh kelebihan tiga gol, setelah kalah 3-5 di Singapura, Sabtu lepas.

Adalah menjadi tanggung jawab para penyokong tempatan juga untuk memastikan kemaraan pasukan Malaysia; selain barisan pemain kita di padang.

Larisnya jualan tiket – 60,000 pada jualan hari pertama kelmarin dan 25,000 lagi semalam, membuktikan minat luar biasa para penyokong bola sepak tanah air.

Kesanggupan beratur panjang dari awal di beberapa lokasi menjual tiket perlawanan sehingga ada yang gagal membelinya kerana tiket habis dijual, menunjukkan arus fenonomena bola sepak tempatan telah bermula.

Matkelubi percaya sebahagian besar daripada pembeli tiket tersebut adalah penyokong Harimau Malaya.

Jadi, masuklah ke Stadium Nasional dengan penuh semangat untuk membakar perjuangan para pemain kita dalam usaha menjayakan sukan bola sepak tempatan.

Kejayaan pasukan Malaysia, bermakna mutu bola sepak kita dapat dilonjakkan dengan lebih pantas.

Kepada pemain, balaslah sokongan penonton dengan mencipta kemenangan besar.

Matkelubi – Penyokong kuat Harimau Malaya.Kepada kaum cina dan india mari kita pakat penuhkan stadium..jangan datang stadium sebab nak sokong pasukan liverpool,arsenal dan Chelsea je..Sokonglah pasukan Harimau Malaya ..tunjukkan semangat cintakan Malaysia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan