Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

10 November 2011

HUDUD PAS : PKR tidak setuju...UMNO Dipersalahkan

AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 5 November 2011 menyiarkan laporan khas mengenai pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina yang telah berlangsung pada Selasa (8 November) lalu.

Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR telah menjemput 50 NGO Cina dan badan agama untuk menghadiri perjumpaan dengan beliau.
Ini supaya masyarakat Cina lebih memahami perjuangan PKR dan pendirian beliau terhadap isu-isu hangat yang telah tercetus termasuk berkaitan keagamaan dan undang-undang Islam.


Menurut Ahli Jawatankuasa Politik PKR yang juga bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, tujuan perjumpaan itu adalah supaya masyarakat Cina lebih faham tentang dasar perjuangan PKR.
Antaranya mengenai hakikat PKR bukan parti Melayu dan ia mempunyai pandangan tersendiri berkaitan pelbagai isu negara termasuk berhubung pelaksanaan undang-undang Islam.

Beliau berkata, pada masa ini ramai orang tersalah anggap bahawa PKR adalah sebuah parti Melayu. Sebenarnya ia adalah sebuah parti untuk semua kaum dan ini terbukti apabila satu pertiga ahli Parlimen dan ADUN PKR adalah kaum Cina.

‘‘Anwar berharap melalui perjumpaan ini, NGO Cina akan dapat memahami pandangan beliau, contohnya hala tuju PKR pada masa akan datang dan perkembangan ekonomi negara. Beliau juga bersikap terbuka untuk membincangkan isu keagamaan supaya rakyat dapat hidup bersama dengan tenang dan aman,’’ katanya.

Yee Kew berkata, Anwar akan mengemukakan pandangan PKR bahawa yang menjadi teras Perlembagaan adalah undang-undang biasa dan bukannya undang-undang Islam.
Sebab itu, hukum hudud tidak akan dilaksanakan. Jaminan itu akan dapat menghilangkan kerisauan masyarakat Cina berhubung cadangan pelaksanaan undang-undang Islam terbabit.

1 ulasan:

  1. dah terang tak payah nak bersuluh lagi..
    yang menentang Hudud adalah puak-puak anwar ibrahim n the gang..
    tu pun nak salahkan umno lagi ke

    BalasPadam