Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

09 November 2011

Pakatan Pembangkang Akan Buang Kakitangan Kerajaan Jika Memerintah

Matkelubi syorkan pihak pembangkang buang dulu kakitangan kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri yang diperintah oleh mereka..kita tengok adakah dengan langkah itu akan menjimatkan perbelanjaan negeri mereka kuasai..

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempersoalkan tujuan sebenar DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam tanpa memikirkan implikasi besar yang akan berlaku kepada negara pada masa hadapan.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, jumlah penjawat awam yang sedang berkhidmat sekarang adalah ideal dengan nisbah penduduk negara ini.
Katanya, jika cadangan tersebut dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dalam proses penyampaian perkhidmatan terutamanya dalam bidang kritikal.
"Bila bilangan penduduk negara makin bertambah maka perkhidmatan awam juga seharusnya wajib ada dan mencukupi. Sebagai contoh doktor, tidak mungkin kita hendak kurangkan bilangan mereka.
"Jadi bila mereka kata nak kurangkan penjawat awam yang mana satu hendak dikurangkan? Tentera? Polis? Guru? Doktor atau yang mana satu?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua baru-baru ini untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara.
Kenyataan tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Menurut Abu Bakar, DAP juga tidak perlu risau mengenai pertindihan bidang tugas sesebuah jabatan atau pun agensi kerajaan kerana pihaknya sentiasa memantau dan membaiki keadaan tersebut.
"Sekarang kita sedang lakukan kajian di mana terdapat pertindihan tugas dan fungsi tugas akan diselaraskan namun, ia tetap mengambil masa untuk dilaksanakan sepenuhnya.
"Misalnya kita tidak tambah bilangan polis untuk kerja-kerja pengurusan sebaliknya pelantikan diambil daripada penjawat awam," katanya.

1 ulasan:

  1. sy sokong apa yg matkelubi kata..
    buat dulu dekat negeri yang mereka perintah

    BalasPadam